9bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih rendah, diasak aktiviti pengambilan untung selepas beberapa hari meningkat di tengah-tengah prestasi pasaran serantau yang kebanyakannya positif.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melantik Timbalan Ketua Setiausahanya (Perdagangan) Mastura Ahmad Mustafa sebagai ketua perunding Malaysia untuk rundingan tarif rasmi akan datang dengan Amerika Syarikat (AS).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) bersedia memulakan operasi di kilangnya di Butterworth setelah dinaik taraf bagi mengurangkan kekangan kapasiti pengeluaran yang sedang dihadapi di kemudahan Shah Alam dan Bentong.
9bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR,27 April (Bernama) -- Malaysia bercadang mewujudkan Majlis Halal ASEAN dan cadangan itu akan dibawa ke peringkat Sekretariat ASEAN untuk dimuktamadkan secara rasmi bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam industri halal serantau.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Maldives hari ini mempelawa syarikat-syarikat Malaysia untuk meneroka peluang pelaburan baharu dalam sektor strategik susulan pembaharuan undang-undang di negara itu dalam usaha menarik pelabur asing.
9bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian hari ini dengan peningkatan hari keempat berturut-turut, yang mencerminkan sentimen positif berikutan penutupan kukuh Wall Street pada Jumaat lepas meskipun pasaran serantau mencatat prestasi bercampur-campur.
9bulan ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
BEIJING, 27 April (Bernama) -- Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) perlu teguh dalam mendukung prinsip multilateralisme dan menangani cabaran seperti dasar perlindungan perdagangan dan langkah-langkah meliputi tarif balas yang diumumkan oleh Amerika Syarikat (AS).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Taghill Holdings Bhd telah mendapat kontrak pembangunan hartanah bernilai RM494.65 juta oleh syarikat hartanah Indo Aman Bina Sdn Bhd (IAB).
9bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran kenaikannya untuk hari ketiga berturut-turut pada Jumaat.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Potensi penurunan atau sifar tarif timbal balas bagi Malaysia dijangka menjadi antara hasil positif utama rundingan di antara Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (AS) Jamieson Greer semalam.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- ASEAN khususnya Malaysia menawarkan peluang kepebagaian pasaran kepada Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) bagi mengembangkan capaian perdagangannya, kata Ketua Delegasi Switzerland Thomas Aeschi.