BERITA TERKINI   Liga Super: PDRM FC 1-1 KL City FC | 

Terdapat 1146 berita berdasarkan kata kunci carian "pendekatan"

Minyak Sawit Malaysia Pertingkatkan Industri Minyak Makan Pakistan - Johari Ghani

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Minyak sawit Malaysia dan produknya mempunyai potensi besar untuk mempertingkatkan sektor minyak makan dan pembuatan makanan di Pakistan, serta mengukuhkan lagi kerjasama yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Malaysia Akan Manfaatkan FinTech Dalam Perjanjian Perdagangan ASEAN - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Malaysia sedang meneroka bagaimana teknologi kewangan (FinTech) boleh berperanan sebagai instrumen utama dalam semua perjanjian yang ditandatangani antara Malaysia dan ASEAN, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

MITI Kenal Pasti 33 Indikator, 32 Tindakan Akan Dilaksanakan Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Daya Saing Negara

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI) telah mengenal pasti 33 indikator dengan 32 tindakan yang akan dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan sederhana melalui mesyuarat pertama Jawatankuasa Daya Saing Negara (JKDSN).

Balabala Buka Kedai Pertamanya Di Malaysia

Oleh Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Jenama pakaian kanak-kanak, Balabala telah membuka kedai pertamanya di Pavilion di sini hari ini.

Majlis Digital Malaysia-India Dirasmikan Untuk Memangkin Perdagangan Digital Dua Negara

KUALA LUMPUR,  10 Jan (Bernama)-- Majlis Digital Malaysia-India (MIDC) telah dirasmikan untuk menerajui inisiatif dalam perdagangan digital, pertukaran teknologi termasuk mobiliti bakat antara Malaysia dan India.

ASEAN Perlu Terima Pakai Dasar Perindustrian Serantau Susulan Persaingan AS-China

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- ASEAN perlu menerima pakai dasar perindustrian yang luas dalam keadaan peningkatan dasar perlindungan dan halangan tarif ekoran persaingan yang semakin sengit antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

ASEAN Perlu Strategi Bersatu Tingkatkan Industri EV, Kata CEO Yinson

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) — ASEAN memerlukan strategi bersatu untuk meningkatkan industri kenderaan elektrik (EV) di rantau ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Yinson Holdings Bhd (Yinson) Lim Chern Yuan.

Kerajaan Ambil Pendekatan Global Dalam RMK13 - Rafizi

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Kerajaan mengambil pendekatan global untuk Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang akan dilancarkan tahun ini, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

GDA Peroleh 84.1 Peratus Saham MAHB Setakat 8 Jan 2025

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) dan pemegang sahamnya (secara kolektif, Konsortium) telah menerima penerimaan tawaran sah sebanyak 1.40 bilion saham mewakili 84.1 peratus daripada jumlah saham terbitan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Prestasi Lemah Bursa Serantau

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut daripada kenaikan semalam untuk ditutup rendah hari ini apabila para pelabur mengambil keuntungan di tengah-tengah prestasi negatif bursa serantau lain. 

Ekonomi Malaysia Berkembang 5.0 Peratus Pada 2025 - Pakar

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan kadar pertumbuhan mampan sebanyak 5.0 peratus pada 2025 berbanding 4.9 peratus yang dianggarkan pada 2024, disokong oleh persekitaran pasaran buruh yang stabil, dasar fiskal dan monetari yang kondusif dalam keadaan ketidaktentuan luaran yang berlarutan, kata seorang pakar ekonomi. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, didorong oleh dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah.