8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Malaysia menyambut baik langkah Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk mengkaji semula peraturan eksport cip kecerdasan buatan (AI) memandangkan kejelasan dan konsistensi dalam dasar teknologi penting bagi inovasi global, daya tahan rantaian bekalan dan pertumbuhan yang menyeluruh.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup sedikit tinggi hari ini, disokong oleh kenaikan dalam harga minyak mentah, kata peniaga.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) bertegas mengadakan perbincangan dua hala dengan negara anggota ASEAN secara individu mengenai langkah tarif timbal balas baru-baru ini, dan enggan berunding sebagai sebuah blok serantau, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
8bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dilihat sebagai pendekatan berhati-hati, kata seorang ahli ekonomi.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Rizab antarabangsa Malaysia meningkat kepada US$118.70 bilion pada 30 April, 2025 daripada US$118.40 bilion pada 15 April, 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Public Bank Bhd mendapati pendedahan kredit yang minimum terhadap potensi risiko tarif Amerika Syarikat (AS) dengan anggaran kurang daripada tiga peratus daripada jumlah keseluruhan pinjamannya mungkin terjejas.
8bulan ago
SERDANG, 8 Mei (Bernama) -- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menyasarkan untuk memuktamadkan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) pertamanya pada Oktober, dengan pelan untuk memasarkannya pada akhir tahun ini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd (Kerjaya) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd (KPM) menerima surat lantikan (LOA) daripada Majestic Gen Sdn Bhd bagi kontrak kerja berjumlah RM162 juta.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia pada Mac 2025 mencatatkan pertumbuhan 3.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menganjurkan Data Centre Nexus 2025, acara yang menghimpunkan 400 pemegang berkepentingan dari seluruh ekosistem digital untuk merangka semula peranan Malaysia dalam ekonomi data global.
8bulan ago
KUCHING, 8 Mei (Bernama) -- Meskipun perjalanan lebih 20 tahun Metro Glide Sdn Bhd kini diwarnai dengan pelbagai anugerah, namun perjalanan untuk sampai ke tahap itu, bukanlah sesuatu yang mudah.