1tahun ago
Daripada Mohd Shukri Ishak
SEOUL, 26 Nov (Bernama) -- Hyundai Motor akan memulakan perkongsian strategik bersama INOKOM bagi pemasangan automotif beberapa model baharu di Malaysia pada tahun depan menerusi pelaburan bernilai RM2.16 bilion.
1tahun ago
SEOUL, 26 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan hari ini dengan beberapa pemimpin perniagaan terkemuka (chaebol) Korea Selatan sebagai sebahagian daripada usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan penglibatan pelabur dari Korea Selatan untuk meneroka pelbagai peluang di Malaysia selain menjalin kerjasama dalam usaha melonjakkan serta mencapai kesejahteraan bersama.
1tahun ago
Daripada Mohd Shukri Ishak
SEOUL, 25 Nov (Bernama) -- Malaysia dan Korea Selatan mengekalkan komitmen mereka untuk menggalakkan iklim pelaburan yang selaras dengan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
1tahun ago
SEOUL, 25 Nov (Bernama) -- Malaysia dan Korea Selatan akan memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) pada tahun depan dengan kedua-dua negara komited untuk mempercepat sebarang rundingan yang tertangguh.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (BERNAMA) -- Malaysia mengukuhkan hubungan dengan pasaran antarabangsa untuk mencegah gangguan dalam rantaian bekalan semikonduktor global terutamanya apabila lebih banyak dasar perlindungan dijangka diambil selepas kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).
1tahun ago
Daripada Mohd Shukri Ishak
SEOUL, 24 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan bertemu ahli-ahli perniagaan utama Korea Selatan atau lebih dikenali sebagai "Chaebol," dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan gergasi teknologi global itu membuat pelaburan sebanyak US$2 bilion di negara ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Kerajaan komited untuk memastikan pelaksanaan pembaharuan dasar ekonomi MADANI hanya memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Agensi Penggalakan Perdagangan Vietnam (Vietrade) telah mengambil langkah penting ke arah mengukuhkan hubungan ekonomi dengan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) semalam.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd optimis mengenai prospek pada 2025, berdasarkan senarai tawaran awam permulaan (IPO) dalam perancangan yang kukuh dan pasaran modal yang aktif, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Wahid Omar.