BERITA TERKINI   Lebih RM15 bilion sokongan pembiayaan disediakan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana pada tahun ini - MoF | Kemudahan pembiayaan mikro RM5 bilion yang diumumkan hari ini adalah berasingan daripada Kemudahan Bantuan Khas PKS RM5 bilion oleh BNM serta RM5 bilion di bawah SJPP - MoF | Kerajaan MADANI sedia kemudahan pembiayaan mikro berjumlah lebih RM5 bilion bagi 2026, dijangka memanfaatkan lebih 400,000 usahawan mikro, dengan pinjaman sehingga RM100,000 - MoF | Seorang lelaki maut diserang sekumpulan gajah liar di Gua Musang hari ini - Polis | 

Anwar Bertemu Pemimpin Perniagaan Terkemuka Korea Selatan Hari Ini

Oleh Mohd Shukri Ishak

SEOUL, 26 Nov  (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan hari ini dengan beberapa pemimpin perniagaan terkemuka (chaebol) Korea Selatan sebagai sebahagian daripada usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.

Selain itu, Perdana Menteri juga dijadual mengadakan pertemuan mulai 9 pagi (waktu Korea Selatan) dengan syarikat-syarikat terkenal, antaranya Kumpulan Samsung, SK Nexilis, Kumpulan POSCO dan Lotte International.

Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan ‘bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi’ daripada Republik Korea.

Chaebol (tokoh korporat) adalah konglomerat milik keluarga, secara tradisinya menikmati hubungan rapat dengan kerajaan Korea Selatan.

Sokongan kerajaan negara tersebut terhadap entiti itu bermula selepas Perang Korea sebagai sebahagian daripada usaha untuk membina semula ekonomi negara.

-- BERNAMA