BERITA TERKINI   Lebihan dagangan meningkat kepada RM40.4 bilion pada Mei 2026, sekali gus mencatat lebihan selama 73 bulan berturut-turut sejak Mei 2020 - DOSM | Eksport Malaysia tumbuh 45.3 peratus kepada RM184.0 bilion, import naik 14.1 peratus kepada RM143.6 bilion pada Mei 2026 - DOSM | Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 29.8 peratus kepada RM327.6 bilion pada Mei 2026, didorong pertumbuhan eksport lebih kukuh - DOSM | DBKL peruntuk RM200 juta di bawah Program Lestari Niaga bangunkan semula 287 lokasi gerai penjaja di ibu negara - Hannah | 

Terdapat 9966 berita berdasarkan kata kunci carian " c"

Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Selasa, didorong oleh sentimen optimis terhadap Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.

MDEC Sasar Kerjasama Teknologi, Bandar Pintar Di GITEX Global 2024

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah berhubung dengan Majlis Penyelidikan Teknologi Termaju (ATRC) Abu Dhabi untuk meneroka kerjasama dalam pendidikan dan pembangunan teknologi di Pameran Teknologi Maklumat Teluk (GITEX) Global 2024.

RM17.9 Bilion Pelaburan Dari China Diluluskan Dalam Sektor Perkilangan - MITI

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Pelaburan bernilai RM17.9 bilion dari China telah diluluskan dalam sektor perkilangan di bawah seliaan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi tempoh 2023 hingga separuh pertama 2024.

Malaysia Akan Terus Nilai Perkembangan BRICS, Pastikan Penglibatan Beri Faedah

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan terus menilai perkembangan BRICS dari semasa ke semasa bagi memastikan penglibatan Malaysia memberi faedah yang signifikan kepada negara, sejajar dengan matlamat dasar ekonomi termasuk Aspirasi Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.

PMKS Terus Alami Keuntungan Terhad - SAMENTA

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kebanyakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini terus menghadapi keuntungan terhad disebabkan oleh peralihan digital, kekurangan tenaga kerja dan peningkatan kos pematuhan.

Avaland Ekspresi Kehidupan Lestari Menerusi Avenue25

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Pemaju hartanah Avaland Bhd menetapkan penanda aras baharu dengan menyasarkan semua fasa projek Avenue25 di Subang Jaya mencapai pensijilan GreenRE Gold.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin, terjejas berikutan permintaan kukuh terhadap dolar AS dalam persekitaran peningkatan hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), kata pengarah urusan SPI Asset Management Stephen Innes.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin berikutan minat belian dalam perbankan, telekomunikasi dan saham berkaitan komoditi.

Sistem CIDBH - iENTRY Tingkat Pengurusan Pekerja Asing Pembinaan

PUTRAJAYA, 14 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) hari ini melalui anak syarikatnya CIDB Holdings Sdn Bhd melancarkan Sistem CIDBH - iENTRY bagi meningkatkan pengurusan pekerja asing dalam industri pembinaan.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, menjejaki prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau.

MPOB Meterai MoA Dengan Salcra, Mygro Trading Bagi Penyelidikan Sawit Di Sarawak

KUCHING, 14 Okt (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) hari ini memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (Salcra) dan Mygro Trading Sdn Bhd bagi penyelidikan bahan mentah alternatif untuk formulasi makanan ternakan berasaskan sawit serta mencegah ancaman penyakit tanaman.

Belanjawan 2025: Industri Automotif Harap Tempoh Pengecualian Cukai Jalan EV Dilanjutkan

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Peserta industri automotif mengharapkan tarikh akhir insentif pengecualian cukai jalan penuh bagi kenderaan elektrik (EV) dilanjutkan selain diperluas untuk kenderaan elektrik hibrid (HEV).