Terdapat 1046 berita berdasarkan kata kunci carian " domestik "

SME Corp Berjaya Lahirkan Lebih 700 Usahawan PMKS Penerima Anugerah E50

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- SME Corp Malaysia telah melahirkan 763 usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang berupaya mencapai tanda aras kualiti tinggi sekali gus berjaya meraih Anugerah Enterprise 50 (E50).

Lebih 18,000 Usahawan Selangor Terima Pembiayaan Berjumlah RM1.1 Bilion - Ramanan

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Sebanyak 18,116 usahawan di Selangor menerima pembiayaan berjumlah RM1.1 bilion daripada agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dari Januari hingga Ogos tahun ini untuk mengembangkan perniagaan dan daya saing mereka.

Malaysia Perlu Siap Siaga, Ada Semua Penampan Hadapi Perubahan Persekitaran Ekonomi Global

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Malaysia, sebagai sebuah ekonomi kecil dan terbuka, perlu memastikan keadaan siap siaga dengan baik dan mempunyai semua penampan yang diperlukan untuk menghadapi perubahan persekitaran ekonomi global, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Ringgit Meningkat Berbanding Dolar AS Pada Awal Dagangan Ekoran Ketidaktentuan Menjelang Pilihan Raya AS

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Ringgit diniagakan tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika awal dagangan pada Khamis, dalam keadaan ketidakpastian mengenai pilihan raya Presiden AS yang akan diadakan pada 5 November ini, kata penganalisis.

Kerajaan Akan Pastikan Sektor Pembinaan Kekal Kompetitif, Mampan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kerajaan mengambil langkah proaktif untuk memastikan industri pembinaan kekal kompetitif dan mampan dengan jangkaan kenaikan harga tender, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenanga Investment Kekalkan Unjuran KDNK 2024 Pada 5.0 Peratus

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 5.0 peratus untuk 2024 selain menjangkakannya menjadi sederhana kepada 4.8 peratus pada 2025.

MIDF Research Kekalkan Unjuran KDNK 2024 Pada 5.0 Peratus 

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- MIDF Research mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 pada 5.0 peratus yang disokong oleh peningkatan berterusan dalam perbelanjaan domestik dan berlaku pemulihan dalam eksport.

NIMP 2030 Berhasil Tingkatkan KDNK, Peluang Pekerjaan & Gaji Median Selepas Setahun Dilancarkan - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yakin sasaran utama yang ditetapkan bagi tahun pertama Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dapat dicapai memandangkan tiga daripadanya telah merekodkan pencapaian memberangsangkan, kata Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Belanjawan 2025: Pelarasan Cukai Eksport Bantu Industri Penapisan Minyak Sawit Lebih Berdaya Saing

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Pelarasan dalam cukai eksport di bawah Belanjawan 2025 akan membantu industri penapisan minyak sawit menjadi lebih berdaya saing berbanding Indonesia, menurut Glenauk Economics.

Anggaran Belanjawan 2025 Tertinggi Pernah Diumumkan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) – Anggaran Belanjawan 2025 adalah yang tertinggi pernah diumumkan iaitu RM421 bilion meliputi RM335 bilion belanja mengurus, RM86 bilion belanja pembangunan, tidak termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Pasaran Buruh Negara Dijangka Kekal Stabil Pada 2025 

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Pasaran buruh Malaysia diunjur kekal stabil pada 2025, didorong oleh prospek pertumbuhan ekonomi domestik dan perdagangan luar yang lebih baik.