5bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Ringgit terus mencatatkan kenaikan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Rabu, peningkatan yang disokong oleh langkah sokongan fiskal terbaharu yang diumumkan kerajaan apabila dana asing kembali ke pasaran ekuiti tempatan, kata penganalisis.
5bulan ago
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 23 Julai (Bernama) -- Rantau ASEAN+3 diunjurkan berkembang sebanyak 3.8 peratus pada 2025 dan 3.6 peratus pada 2026, menurut kemas kini suku tahunan Tinjauan Ekonomi Serantau ASEAN+3 (AREO) oleh Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO).
5bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Selasa dalam keadaan prestasi bercampur-campur mata wang serantau berikutan pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang tempoh akhir rundingan tarif Amerika Syarikat (AS), menurut penganalisis.
5bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh kenaikan niaga hadapan getah serantau dan kebimbangan mengenai kekurangan bekalan getah asli berikutan cuaca buruk di negara-negara pengeluar utama, kata peniaga.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Agensi Promosi Pelaburan (IPA) di seluruh negara akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri untuk memastikan industri tempatan tidak terjejas oleh isu tarif Amerika Syarikat (AS).
5bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pagi ini, menjejaki penurunan mata wang Amerika Syarikat (AS) disebabkan ketidaktentuan pasaran harga menjelang keputusan mengenai tarif oleh AS pada 1 Ogos depan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Cadangan tarif sebanyak 25 peratus ke atas eksport Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) boleh dikurangkan kepada 11 peratus hingga 15 peratus sekiranya perjanjian perdagangan boleh dicapai antara kedua-dua negara, kata CGS International.
5bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia susut ketika mengakhiri dagangan hari ini, diasak kelemahan harga minyak mentah selain pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkan ekonomi Malaysia kekal mencatat perkembangan kukuh dalam separuh kedua 2025 yang diterajui oleh sektor perkhidmatan dan pembinaan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Anggaran awal pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 4.5 peratus bagi suku kedua 2025 mengatasi kebanyakan unjuran penganalisis yang sekali gus menunjukkan daya tahan ekonomi negara.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan peniaga mengelak mata wang itu susulan jangkaan yang meningkat terhadap penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Khamis berikutan ketidaktentuan yang berterusan berkaitan dasar tarif AS.