BERITA TERKINI   Pelakon Nadia Kesuma yang dilaporkan hilang di Jeddah pada Khamis lepas meninggal dunia akibat sakit jantung - Suami | 

Terdapat 539 berita berdasarkan kata kunci carian " anak syarikat"

Petronas Bekerjasama Dengan OQEP Dari Oman Jalan Aktiviti Eksplorasi Dan Pengeluaran

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menerusi anak syarikatnya Petronas Carigali Sdn Bhd (Petronas Carigali) bekerjasama dengan OQ Exploration and Production New Ventures LLC (OQEP) untuk bersama-sama menjalankan eksplorasi dan pengeluaran minyak dan gas di Timur Tengah dan Asia Tenggara.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Kelembapan Serantau Dan Wall Street

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah, dijejaskan oleh kelemahan serantau, menjejaki petunjuk negatif Wall Street dalam tempoh semalaman dalam keadaan kebimbangan mengenai tarif dan bank-bank Amerika Syarikat (AS).

NexG Peroleh Lanjutan Kontrak 18 Bulan Bagi Pembekalan I-kad

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- NexG Bhd menerima pelanjutan kontrak daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membekalkan kad pekerja asing (i-Kad) kepada Jabatan Imigresen.

Bursa Malaysia Ditutup Pada 20 Okt Sempena Perayaan Deepavali

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada Isnin, 20 Okt, 2025 sempena cuti umum sambutan perayaan Deepavali.

SDEC 2025 Serlah Kepimpinan Malaysia Dalam Inovasi Dipacu AI

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC) 2025 mengetengahkan kecerdasan buatan (AI) ketika kalangan inovator, syarikat pemula niaga dan pembuat dasar global berkumpul di Persidangan Inovasi AI 2025 di sini.

Kerajaan Tambah Tanah Rizab Melayu 20.23 Hektar Di Bandar Malaysia

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kerajaan mengambil langkah yang belum pernah dilakukan sebelum ini dengan menambah Tanah Rizab Melayu seluas 20.23 hektar (50 ekar) di Bandar Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selangor Sasar 100 Peratus Liputan Rangkaian 5G Awal Tahun Depan -- Exco

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kerajaan negeri Selangor menyasarkan 100 peratus liputan rangkaian 5G dalam kawasan berpenduduk negeri itu pada awal tahun depan, kata Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri Dr Mohammad Fahmi Ngah.

Perak Transit Peroleh Sijil GTFS Bagi Bas Bandar Hijau Euro 5

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Anak syarikat Perak Transit Bhd (Perak Transit) telah memperoleh Sijil Projek Hijau mengikut Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) di bawah Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia.

S P Setia, Mitsui Fudosan Jalin Kerjasama Projek Perumahan Di Semenyih

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) --  Setia EcoHill Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh S P Setia Bhd, telah memeterai usaha sama (JV) dengan syarikat pelaburan hartanah Mitsui Fudosan (Asia) Malaysia Sdn Bhd bagi membangunkan projek kediaman di atas tanah seluas 45.73 hektar.

KNM Terima Notis Tuntutan Cadangan Pelupusan Anak Syarikat Jerman

KUALA LUMPUR, 7 Okt  (Bernama) -- KNM Group Bhd telah menerima notis tuntutan bertulis untuk mempertimbangkan cadangan pelupusan melibatkan anak syarikat Jermannya, Deutsche KNM GmbH (DKNM).

RM38.3 Juta Diperuntuk Bagi Program Getah Terbiar, Beri Manfaat 8,890 Pekebun Kecil

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kerajaan memperuntukkan RM38.3 juta bagi pelaksanaan Program Getah Terbiar (PGT) tahun ini yang memberi manfaat kepada hampir 8,890 pekebun kecil di seluruh negara, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Sime Darby Property Salur RM34 Juta Kepada Battersea Project Holding Company

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya Sime Darby Property (Hong Kong) Ltd (SDPHK), menandatangani perjanjian pinjaman berfaedah untuk menyediakan pendahuluan pemegang saham berjumlah £6 juta kepada Battersea Project Holding Company Ltd (BPHCL).