Terdapat 379 berita berdasarkan kata kunci carian " bank pusat"

BNM Akan Keluarkan Draf Pendedahan Kewangan Terbuka, Muktamadkan Dasar Menjelang Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan Draf Pendedahan mengenai Kewangan Terbuka tidak lama lagi dan memuktamadkan dasar itu menjelang tahun depan, dengan fasa pertama akan dilaksanakan secara interim, tertakluk kepada kesediaan industri dan orang awam.

BNM Kekal Unjuran KDNK 2025 Pada 4.0-4.8 Peratus Ketika Ketidakpastian Rundingan Tarif

KUALA LUMPUR,15 Ogos (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2025 antara 4.0 peratus hingga 4.8 peratus, dengan mempertimbangkan pelbagai kemungkinan daripada rundingan tarif.

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada sesi awal hari ini, menjelang pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2025 pada Jumaat ini, kata penganalisis.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, didorong oleh peningkatan permintaan daripada pelabur yang mencari perlindungan dalam logam berharga itu, kata penganalisis.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Kenyataan Kalangan Pegawai Fed

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu apabila pelabur memanfaatkan kelemahan dolar AS menjelang kenyataan kalangan pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed) malam ini, kata seorang penganalisis.

BNM Teruskan Pelaksanaan Inisiatif Utama Pacu Pendigitalan - Gabenor

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) meneruskan pelaksanaan beberapa inisiatif utama bagi memacu pendigitalan di negara ini memandangkan sistem itu memerlukan lebih daripada sekadar teknologi serta model perniagaan baharu.

Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal Susulan Jangkaan AS Turun Kadar Faedah

KUALA LUMPUR,5 Ogos (Bernama) -- Ringgit meneruskan lagi pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga hari ini ketika sentimen pelabur terhadap aset berisiko pulih susulan kemungkinan negara maju itu menurunkan kadar faedahnya, kata ahli ekonomi.

Bank Pusat AS Kekalkan Kadar Faedah, Ringgit Ditutup Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Selepas mencatat aliran mengukuh pada sesi pagi ini, ringgit mengakhiri urus niaga dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas Rizab Persekutuan (Fed) negara maju itu bertindak mengekalkan kadar faedah utamanya.

BNM: Inflasi Keseluruhan Susut 1.1 Peratus, Inflasi Teras Kekal Pada Jun 2025

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia terus menyusut kepada 1.1 peratus pada Jun 2025 daripada 1.2 peratus yang disaksikan pada Mei lepas, manakala inflasi teras kekal pada 1.8 peratus, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Aset Rizab Rasmi Malaysia Berjumlah US$120.61 Bilion Pada Akhir Jun 2025 - BNM

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$120.61 bilion (US$1 = RM4.23) manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$1.21 bilion pada akhir Jun 2025, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

BNM Kenakan Penalti Terhadap BIMB, Bank Rakyat Dan BSN Berikutan Ketidakpatuhan

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) berjumlah RM3.445 juta ke atas Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) berikutan ketidakpatuhan terhadap Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) dan dokumen dasar berkaitan.

Penurunan Pendapatan KWSP Atas Faktor Pasaran Ekuiti Lemah - MOF

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Penurunan jumlah pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 13 peratus pada suku pertama tahun ini kepada RM18.31 bilion berbanding RM20.99 bilion bagi tempoh sama tahun lepas adalah berpunca daripada prestasi pasaran ekuiti yang lemah.