1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Keputusan Malaysia untuk beralih dari rangkaian borong tunggal (SWN) kepada model dwi rangkaian bagi 5G dijangka memacu persaingan, menarik pelaburan dan mempercepatkan transformasi digital negara, kata Persatuan GSM (GSMA).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya, didorong oleh pertumbuhan hasil yang lebih kukuh dan pengoptimuman kos.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- CelcomDigi Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sedikit kepada RM1.38 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 (TK2024) daripada RM1.55 bilion pada tahun sebelumnya.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Sektor perkhidmatan Malaysia mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 6.3 peratus kepada RM2.4 trilion pada 2024 berbanding RM2.3 trilion pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia merekodkan nilai jualan sebanyak RM1.77 trilion pada 2024 selepas mencatatkan RM152.2 bilion pada Disember, naik 5.5 peratus dari tahun ke tahun, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
1tahun ago
PUTRAJAYA, 10 Feb (Bernama) -- Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) pada tahun 2024 meningkat kepada 70.4 peratus berbanding 70 peratus pada tahun sebelumnya, menurut Statistik Tenaga Buruh, Malaysia, Disember dan Suku Tahun Keempat 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Pendekatan menyeluruh dan sistematik bagi menyusun semula pekebun kecil getah menjadi satu gabungan serta penanaman semula varieti pokok getah berhasil lebih tinggi akan menjadi aspek penting untuk Malaysia meraih semula kedudukan sebagai pengeluar getah utama dunia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Sistem perbankan Malaysia terus mencatatkan penampan mudah tunai yang kukuh dengan agregat Nisbah Perlindungan Mudah Tunai (LCR) sebanyak 160.7 peratus, naik daripada 147.9 peratus pada November, menyokong pengantaraan kewangan yang berterusan, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd (Bursa Malaysia) melantik Datuk Fad’l Mohamed sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) yang baharu berkuat kuasa 1 Mac 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- AHAM Asset Management Bhd (AHAM Capital) mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM1.11 bilion pada tahun kewangan 2024, meliputi 89 dana borong dan runcit.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus pada 2024 berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu merosot, didorong oleh laporan yang membayangkan pelaksanaan tarif secara berperingkat dan data yang menunjukkan penurunan inflasi borong AS yang tidak dijangka, kata penganalisis.