4hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Taiwan sedang berusaha untuk mengukuhkan kerjasama dengan Malaysia dalam rantaian bekalan berteknologi tinggi, khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), semikonduktor serta kecerdasan buatan (AI).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa, seiring prestasi niaga hadapan getah serantau dan peningkatan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Paydibs Sdn Bhd, gerbang pembayaran berteraskan peniaga di Malaysia kini menjadi peserta langsung untuk Payments Network Malaysia (PayNet) bagi penerimaan DuitNow QR (DNQR) yang menandakan satu peningkatan penting dalam infrastrukturnya.
4hari ago
SEREMBAN, 12 Mei (Bernama) -- Pembangunan perindustrian di Negeri Sembilan mula memasuki fasa baharu apabila negeri itu kini beralih daripada hab pemasangan dan sokongan kepada pengeluar bernilai tinggi, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin.
4hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Taiwan menyatakan hasrat kepada kerajaan Malaysia untuk memulakan rundingan bagi mengemas kini Perjanjian Pelaburan Dua Hala (BIA) Malaysia-Taiwan yang dimeterai pada 1993 supaya selari dengan landskap pelaburan global semasa.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Pasaran tenaga global menunjukkan sedikit kestabilan, tetapi masih memerlukan pemantauan kerana sebarang gangguan baharu boleh memberi kesan kepada kos tenaga dan pengeluaran, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
4hari ago
SEREMBAN, 12 Mei (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan terus menumpukan kepada penggunaan teknologi, data dan inovasi untuk memacu industri pertanian dan agrikomoditi negara yang lebih pintar, mampan dan berdaya tahan, kata Menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal berada dalam kedudukan positif pada tengah hari, mencerminkan prestasi memberangsangkan kebanyakan negara serantau dan disokong oleh sentimen positif susulan keuntungan besar di Wall Street semalam.
4hari ago
SEREMBAN, 12 Mei (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah mengkomersialkan lebih daripada 200 teknologi melibatkan pelbagai inovasi dalam sektor sawit dan agrikomoditi negara setakat ini, sekali gus menyumbang kepada kelangsungan serta kemajuan sektor berkenaan.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) sedang meneroka kaedah bagi mewujudkan laluan untuk lebih banyak syarikat berkaitan semikonduktor, termasuk syarikat berkaitan pelaburan langsung asing (FDI) dan firma tempatan disenaraikan di Bursa Malaysia, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dilihat sebagai satu mekanisme pengurusan permintaan yang berguna dan penting dalam memahami pola penggunaan di peringkat negara, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Bank-bank pelaburan menjangkakan harga minyak sawit mentah (MSM) berada dalam lingkungan RM4,250 hingga RM4,350 satu tan pada 2026, dipacu peningkatan permintaan biodiesel serta risiko fenomena El Nino yang lebih serius.