BERITA TERKINI   Lebih RM15 bilion sokongan pembiayaan disediakan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana pada tahun ini - MoF | Kemudahan pembiayaan mikro RM5 bilion yang diumumkan hari ini adalah berasingan daripada Kemudahan Bantuan Khas PKS RM5 bilion oleh BNM serta RM5 bilion di bawah SJPP - MoF | Kerajaan MADANI sedia kemudahan pembiayaan mikro berjumlah lebih RM5 bilion bagi 2026, dijangka memanfaatkan lebih 400,000 usahawan mikro, dengan pinjaman sehingga RM100,000 - MoF | Seorang lelaki maut diserang sekumpulan gajah liar di Gua Musang hari ini - Polis | Pengembangan berterusan portfolio pinjaman dan deposit tingkatkan untung bersih Public Bank kepada RM1.75 bilion pada suku pertama 2026 daripada RM1.74 bilion suku pertama 2025 | 

Terdapat 3872 berita berdasarkan kata kunci carian " is"

CIMB Niaga Catat Untung Sebelum Cukai 2.3 Trilion Rupiah Pada Suku Pertama 2026

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- PT Bank CIMB Niaga Tbk mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak 2.3 trilion rupiah bagi suku pertama 2026, bersamaan pendapatan sesaham 70.20 rupiah (RM1 = 4,366 rupiah).

Public Mutual Umum Agihan Pendapatan Melebihi RM99 Juta Untuk Empat Dana

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual, mengumumkan agihan pendapatan berjumlah lebih RM99 juta bagi empat dana untuk tahun kewangan berakhir 30 April, 2026.

Harga Minyak Global Lebih Dipacu Geopolitik, Kesan OPEC Terhad - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Tindakan Emiriah Arab Bersatu (UAE) keluar daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pakatan OPEC+ dijangka tidak memberi kesan ketara terhadap pergerakan harga minyak global yang kini lebih dipacu faktor geopolitik.

Pemangku Sultan Johor Bangga Prestasi Memberangsangkan Johor Sejak Empat Tahun Lepas

ISKANDAR PUTERI, 30 April (Bernama) -- Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian Johor yang mencatat prestasi memberangsangkan dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini, termasuk kejayaan menarik pelaburan berjumlah RM272 bilion.

Dolar AS/Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Julat 3.95-4.05 Dalam Tempoh Terdekat - Apex Securities

KUALA LUMPUR, 30 April  (Bernama) -- Apex Securities menjangkakan gandingan dolar AS/ringgit akan diniagakan pada julat 3.95-4.05 dalam tempoh terdekat.

Bursa Malaysia Diniagakan Tidak Menentu Susulan Ketegangan Di Asia Barat Dan Harga Minyak Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan tidak menentu pada awal dagangan dengan sentimen pelabur berhati-hati berikutan ketidaktentuan luaran, termasuk ketegangan di Asia Barat dan harga minyak yang tinggi selepas tindakan mengejut Emiriah Arab Bersatu (UAE) keluar daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya.

Industri Perbankan Gesa PMKS Terjejas Konflik Asia Barat Berhubung Bagi Dapatkan Bantuan

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Industri perbankan menggesa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas dengan konflik Asia Barat yang berterusan agar menghubungi bank masing-masing pada peringkat awal bagi meneroka jalan penyelesaian yang bersesuaian, termasuk bantuan pembayaran balik, penstrukturan semula dan sokongan modal kerja. 

Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Sokong Cadangan Bina Kilang Penapisan Minyak

LABUAN, 29 April (Bernama) — Majlis Penasihat Perbadanan Labuan sebulat suara menyokong cadangan bagi membina sebuah kilang penapisan minyak di pulau berkenaan.

Inflasi Malaysia Mereda Kepada 1.4 Peratus Pada 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Inflasi Malaysia mereda kepada 1.4 peratus pada 2025 berbanding 1.8 peratus pada tahun sebelumnya disokong oleh pengukuhan ringgit, perbelanjaan isi rumah yang berterusan serta inisiatif kerajaan.

Tindakan UAE Jejas Disiplin Pengeluaran OPEC, Risiko Selat Hormuz Kekal - Penganalisis

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Langkah Emiriah Arab Bersatu (UAE) keluar daripada daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutu OPEC+, dijangka tidak menjejaskan pakatan itu dalam masa terdekat.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur Walaupun Harga Minyak Mentah Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur hari ini walaupun harga minyak mentah meningkat, kata seorang peniaga.

Bank Islam Terbit Sukuk Murabahah Senior RM1 Bilion Mengikut Program RM10 Bilion

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd berjaya menerbitkan sukuk murabahah senior bernilai RM1.0 bilion menerusi program sukuk murabahah RM10 bilion.