16hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Dalam tempoh 24 jam terakhir, sekurang-kurangnya tiga insiden besar menjejaskan industri minyak dan gas, membangkitkan kebimbangan kemungkinan krisis tenaga global sekiranya konflik di Timur Tengah terus berlanjutan.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan terus kekalkan harga subsidi RON95 pada paras RM1.99 seliter dan tidak bercadang untuk melakukan sebarang perubahan drastik dari segi harga serta dasar ketika ini, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Malaysia mempunyai pendedahan yang sederhana kepada konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran yang sedang berlaku dan keadaan itu boleh diurus dari sudut makroekonomi, kata ahli ekonomi.
16hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Harga minyak mentah dijangka meningkat sehingga paras US$90-US$100 setong berikutan gangguan yang berlaku di loji Ras Tanura milik syarikat minyak kerajaan Arab Saudi, Saudi Aramco, menurut penganalisis.
16hari ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) – Perang di Timur Tengah sudah memasuki hari ketiga, penerbangan global khususnya komersil yang merentasi rantau tersebut masih terhenti selepas lapangan terbang utama ditutup dan ruang udara serantau dihadkan, mengakibatkan 2,000 penerbangan terbatal.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Fasa pertumbuhan seterusnya bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bergantung kepada sejauh mana data transaksi dimanfaatkan secara strategik, menurut syarikat pembayaran digital Paydibs.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 2 (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus apabila Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bermesyuarat pada Khamis ini, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Pertumbuhan pinjaman Malaysia dijangka berkembang dalam 5.0 hingga 5.5 peratus tahun ini, meningkat berbanding 4.8 peratus pada 2025, disokong oleh kesan asas yang menggalakkan pada akhir 2025 termasuk permintaan domestik yang stabil, kata Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
17hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Keadaan perniagaan dalam sektor pembuatan Malaysia menjadi sederhana buat pertama kali dalam tempoh empat bulan pada Februari 2026 berdasarkan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Malaysia S&P Global, yang menurun kepada 49.3, di bawah ambang neutral 50.0.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Malaysia perlu bersedia menghadapi impak seperti import yang lebih mahal susulan konflik di Timur Tengah, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Kementerian Ekonomi menyasarkan sistem MyRMK dilaksanakan bermula suku ketiga tahun ini yang membolehkan pemantauan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dibuat secara menyeluruh, kata Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit rendah berbanding dolar AS pada hari pertama dagangan Mac berikutan sentimen penghindaran risiko yang semakin ketara susulan serangan bersama Amerika Syarikat (AS)- Israel ke atas Iran pada hujung minggu.