BERITA TERKINI   Seorang exco Kerajaan Negeri Terengganu ditahan disyaki salah guna jawatan dengan mengarahkan dua anaknya diambil bekerja dI syarikat GLC negeri - SPRM Terengganu | 

Terdapat 1070 berita berdasarkan kata kunci carian " pembeli"

Favelle Favco akan Ambil Alih Seram Industries Dengan Janji Niaga Bernilai RM47.45 Juta

KUALA LUMPUR, Jan 12 (Bernama) -- Favelle Favco Bhd merancang untuk mengambil alih Seram Industries SAS yang berpangkalan di Perancis dengan janji niaga bernilai sehingga RM47.45 juta.

Sektor Hartanah Malaysia Dijangka Stabil Pada 2026 Susulan Pelancaran Berhemat, Projek Kerajaan

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Sektor hartanah Malaysia dijangka stabil pada 2026, dengan penggiat industri melancarkan projek dengan berhemat di samping pelaksanaan projek Kerajaan Persekutuan dan negeri seperti Bandar MADANI dan rumah mampu milik yang semakin berkembang.

Pensijilan MSPO Bantu Malaysia Penuhi Keperluan Kelestarian Dalam FTA -- MPOB

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) membantu negara memenuhi keperluan kelestarian yang semakin dimasukkan ke dalam perjanjian perdagangan bebas (FTA), menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Tenaga Boleh Baharu Berterusan Dapat Tampung Keperluan Pusat Data Di Malaysia -- IRENA

ABU DHABI, 12 Jan  (Bernama) -- Penyelesaian tenaga boleh baharu (TBB) berterusan atau tanpa henti (RTC) berpotensi menampung keperluan tenaga pusat data Malaysia yang kian ketara, kata Agensi Tenaga Boleh Baharu Antarabangsa (IRENA).

Mandat Biodiesel B50 Indonesia Dijangka Perkukuh Daya Saing Minyak Sawit Malaysia

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Langkah Indonesia untuk melaksanakan mandat biodiesel B50 dijangka dapat meningkatkan lagi daya saing Malaysia di pasaran minyak sawit global, kata ahli ekonomi.

Bursa Malaysia Tinggi Semasa Awal Dagangan, KLCI Kekal Di Atas Paras 1,680

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan prestasi tinggi semasa awal dagangan pada Isnin menjejaki kenaikan Wall Street pada minggu lepas, apabila sentimen pelabur yang bertambah baik meningkatkan minat belian.

Bursa Malaysia Dijangka Catat Aliran Meningkat Minggu Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan aliran meningkat minggu hadapan memandangkan pasaran mungkin kekal disokong secara konstruktif, kata penganalisis.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Meningkat Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka meningkat minggu depan dengan momentum kenaikan berkemungkinan stabil.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Walaupun Meningkat Dalam Dagangan Awal

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi & Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini walaupun diniagakan sederhana tinggi pada sesi awal, disokong oleh kenaikan minyak pesaing terutama minyak bunga matahari dan minyak kacang soya serta momentum peningkatan harga tenaga.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Indeks Komposit Cecah Paras Tertinggi Lebih Daripada 6 Tahun

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan indeks petunjuk pasaran mencecah paras tertinggi lebih daripada enam tahun susulan pembelian berterusan dalam saham mewah, sejajar dengan prestasi kukuh di pasaran serantau.

Pertumbuhan Permintaan Kargo Di Asia-Pasifik Meningkat 10.3 Peratus Pada November - IATA

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Syarikat penerbangan di Asia Pasifik mencatatkan pertumbuhan permintaan kargo udara sebanyak 10.3 peratus tahun ke tahun pada November 2025, manakala kapasiti meningkat sebanyak 8.4 peratus tahun ke tahun dalam tempoh sama, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).