BERITA TERKINI   Kerajaan hargai ketegasan, keberanian PDRM banteras perosak negara, sindiket besar sejak beberapa tahun kebelakangan ini - PM Anwar | Ketua cabang PKR diminta buat laporan polis berhubung dakwaan kaitkan Ahli Parlimen parti dengan transaksi saham RM9.5 juta - Ramanan | Undang-undang tidak boleh dirangka dengan memihak kepada sesuatu kelompok, mesti berasas prinsip keadilan - PM Anwar | Hari Polis ke-219: Kerajaan zahir penghargaan kepada PDRM, pencapaian sebagai antara negara paling aman hasil peranan, kesetiaan pasukan polis - PM Anwar | Kerajaan pantau rapi konflik Asia Barat, rakyat perlu tenang hadapi dalam semangat kebersamaan - PM Anwar | 

Terdapat 587 berita berdasarkan kata kunci carian " penilaian"

OCBC Naikkan Unjuran Harga Emas Kepada US$5,600 Susulan Momentum Kukuh

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Harga emas dijangka disemak naik, dengan unjuran meningkat kepada US$5,600 bagi setiap auns menjelang akhir 2026, menokok daripada unjuran sebelumnya US$4,800, yang mencerminkan perkembangan terkini dan daya tahan lebih kukuh berbanding jangkaan, kata OCBC Group Research.

Ringgit Diunjur Lebih Tinggi Minggu Depan, Sasar Lepasi Semula Paras 4.00

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi berikutan pelabur kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk melepasi semula paras 4.00 minggu depan.

Keyakinan Terhadap Ekonomi Pacu Pengukuhan Ringgit Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Ringgit melepasi paras psikologi penting 4.00 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun pada 3.9992 hari ini, didorong kekukuhan prospek ekonomi Malaysia, keredaan ketegangan geopolitik serta keputusan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman.

DXN Meterai MoU Dengan Apex-Brasil Untuk Teroka Brazil, Intai Pelaburan US$50 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- DXN Holdings Bhd (DXN) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Agensi Promosi Perdagangan dan Pelaburan Brazil (Apex-Brasil) untuk meneroka Brazil sebagai hab serantau yang berpotensi bagi operasi Amerika Latinnya.

Ringgit Lepasi Paras 4.04 Berbanding Dolar AS Selepas OPR Kekal Pada 2.75 Peratus

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, disokong oleh sentimen pasaran yang bertambah baik susulan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR).

Bursa Malaysia Terbit Penarafan Tadbir Urus Korporat Bagi PLC Di Platform MyBURSA

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Penarafan Tadbir Urus Korporat (CG) yang dinilai secara bebas bagi Syarikat Senaraian Awam (PLC) di Pasaran Utama dan Pasaran ACE kini diterbitkan di platform MyBURSA.

BNM Kekalkan Paras OPR Pada 2.75 Peratus, Ekonomi 2026 Dijangka Terus Berdaya Tahan

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang bermesyuarat hari ini, memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Zscaler Buka Pusat Data Di Kuala Lumpur Untuk Pertingkat Kapasiti Dan Prestasi

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Zscaler telah mengumumkan pelancaran pusat data baharu di Kuala Lumpur untuk memberikan kapasiti, prestasi dan daya tahan yang lebih baik untuk pelanggan di Malaysia.

Bursa Malaysia Terus Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada tengah hari ini dipacu oleh minat belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, disokong sentimen yang kukuh dalam kebanyakan pasaran serantau.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Susulan Tindakan Trump Batal Ancaman Tarif Ke Atas EU

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan lebih positif susulan peningkatan semula Wall Street selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menarik balik ancamannya untuk menaikkan tarif ke atas beberapa ekonomi Kesatuan Eropah (EU) bagi isu membabitkan Greenland.

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS Susulan Jangkaan OPR Kekal

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pasaran menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus dalam mesyuaratnya lewat hari ini.

IMF Tingkat Unjuran Pertumbuhan KDNK Sebenar Malaysia Kepada 4.3 Peratus Untuk 2026, 2027

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) — Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia kepada 4.3 peratus untuk 2026 dan 2027, mewakili semakan menaik sebanyak 0.3 mata peratusan.