BERITA TERKINI   Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada Khamis, 19 Feb - Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja | Umat Islam di Singapura mula berpuasa pada Khamis, 19 Feb - Mufti Singapura | 

Terdapat 93 berita berdasarkan kata kunci carian " pertumbuhan global"

Pertumbuhan ASEAN Diunjur Kukuh Pada 4.6 Peratus - IMF

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh, kata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Jumaat.

Malaysia Perlu Siap Siaga, Ada Semua Penampan Hadapi Perubahan Persekitaran Ekonomi Global

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Malaysia, sebagai sebuah ekonomi kecil dan terbuka, perlu memastikan keadaan siap siaga dengan baik dan mempunyai semua penampan yang diperlukan untuk menghadapi perubahan persekitaran ekonomi global, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

ASEAN+3 Hadapi Cabaran Kenaikan Semula Inflasi, Ketidaktentuan Geopolitik - AMRO

SINGAPURA, 10 Okt (Bernama) -- Ekonomi ASEAN+3, dalam jangka masa terdekat, perlu terus berhati-hati terhadap risiko berkaitan dengan peningkatan semula inflasi, ketegangan geopolitik yang semakin buruk serta kelembapan pertumbuhan global, yang boleh mencabar daya tahan sistem kewangan rantau ini.

Cebu Pacific Alu-alukan Perniagaan Penyelenggaraan Komponen Pesawat Tempatan

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

MANILA, 3 Okt (Bernama) -- Cebu Pacific, syarikat penerbangan tambang rendah di Filipina mempelawa perbincangan untuk mewujudkan perniagaan penyelenggaraan komponen pesawat tempatan dalam sektor penerbangan yang semakin pesat di Asia.

AMRO Turunkan Unjuran Pertumbuhan ASEAN+3 Bagi 2024 Kepada 4.2 Peratus

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- ASEAN+3 Macroeconomic Research Office (AMRO) menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi rantau Asia Tenggara bagi 2024 kepada 4.2 peratus, susut daripada 4.4 peratus pada Julai, berikutan semakan semula unjuran pertumbuhan China dan Vietnam. 

Ringgit Ditutup Pada 4.12, Paras Tertinggi Dalam Tempoh 39 Bulan

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Isnin dengan mengukuh, mencecah paras tertinggi dalam tempoh 39 bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Affin Bank Optimis Ekonomi Malaysia Dalam Persekitaran Kemungkinan Kemelesetan Global

GEORGE TOWN, 24 Sept (Bernama) -- Affin Bank Bhd menjangkakan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia kekal memberangsangkan pada lima peratus tahun ini dan pada 5.2 peratus tahun depan meskipun berhadapan kemungkinan kecil kemelesetan global.

Kenanga Kekal Unjuran Pertumbuhan Eksport 2024 Pada 7.3 Peratus

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd mengekalkan prospek pertumbuhan eksport yang positif dengan mengunjurkan kadar pertumbuhan pada 7.3 peratus tahun ini berdasarkan petunjuk semasa.