Terdapat 1474 berita berdasarkan kata kunci carian " prospek"

Keuntungan Bersih Suku Ketiga Sime Darby Melonjak Kepada RM654 Juta

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Sime Darby Bhd untuk suku ketiga tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2026 melonjak kepada RM654.00 juta berbanding RM193.00 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Misi Perak Ke China Buka Komitmen Pelaburan Bernilai Lebih RM1.6 Bilion - Saarani

IPOH, 25 Mei (Bernama) -- Misi perdagangan dan pelaburan kerajaan negeri Perak ke China selama lapan hari dari 17 Mei lepas telah membuka prospek dan komitmen pelaburan baharu bernilai lebih RM1.6 bilion melibatkan sektor teknologi digital, kecerdasan buatan (AI), pusat data, tenaga hijau, automotif dan industri masa depan.

Singapura Kekalkan Unjuran KDNK 2026 Tumbuh Pada 2.0-4.0 Peratus

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 25 Mei (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Singapura dijangka kekal dalam julat 2.0 peratus hingga 4.0 peratus pada 2026 meskipun risiko penurunan adalah ketara susulan impak konflik Asia Barat, menurut Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) republik itu.

Tenaga Kerja Aeroangkasa Malaysia Lebih 35,000 Pada 2025, Atasi Sasaran MAIB 2030

SHAH ALAM, 22 Mei (Bernama) -- Sektor aeroangkasa, penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) serta pembuatan di Malaysia menggaji lebih 35,000 pekerja berkemahiran tinggi pada 2025, melebihi sasaran awal iaitu lebih 30,000 pekerja menjelang 2030 yang ditetapkan Pelan Induk Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIB) 2030.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada Jumaat, disokong oleh ketegangan geopolitik yang semakin reda di Asia Barat serta prospek makroekonomi Malaysia yang bertambah baik.

KPJ Healthcare Catat Untung Bersih RM69.6 Juta Bagi Suku Pertama

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih KPJ Healthcare Bhd meningkat kepada RM69.6 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2026 daripada RM57.1 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun kewangan 2025.

Ekonomi Asia Pasifik Naik 3.3 Peratus Pada 2025, Momentum Dijangka Perlahan Pada 2026

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama)  -- Pertumbuhan ekonomi rantau Asia Pasifik meningkat 3.3 peratus pada 2025, mengatasi unjuran awal sebanyak 3.2 peratus, menurut Unit Sokongan Dasar (PSU) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

DRB-Hicom Catat Untung Bersih Suku Pertama Lebih Dua Kali Ganda Kepada RM45 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- DRB-HICOM Bhd mencatatkan peningkatan untung bersih lebih dua kali ganda kepada RM45 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2026 daripada RM17.72 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Untung Bersih TH Plantations Susut Kepada RM11.62 Juta Pada Suku Pertama 2026

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- TH Plantations Bhd mencatat penyusutan 9.49 peratus dalam keuntungan bersihnya kepada RM11.62 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2026, daripada RM12.84 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street berikutan sentimen positif selepas Amerika Syarikat (AS) memberi petunjuk bahawa perang dengan Iran mungkin akan berakhir tidak lama lagi. 

Berjaya Air Sasar Dua Pesawat ATR 72-600 Highline Baharu Dengan Belanja Modal Tahunan RM70 Juta

SUBANG JAYA, 20 Mei (Bernama) -- Berjaya Air Sdn Bhd menyasar untuk memiliki dua pesawat ATR 72-600 Highline baharu menjelang akhir tahun ini, dengan perbelanjaan modal tahunan sebanyak RM70 juta.

BDB Infra Peroleh Kontrak Penyelenggaraan Jalan Negeri Bernilai RM251.65 Juta

ALOR SETAR, 20 Mei (Bernama) -- BDB Infra Sdn Bhd (BDB Infra) yang juga anak syarikat milik penuh Bina Darulaman Bhd (BDB) memperoleh kontrak penyelenggaraan jalan negeri bernilai RM251.65 juta daripada kerajaan Kedah.