6bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menyambut baik langkah rasionalisasi subsidi petrol sambil menegaskan bahawa subsidi itu adalah tidak mampan, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi kewangan di negara ini digesa untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam meningkatkan pemahaman orang ramai tentang langkah-langkah fiskal yang sedang dilaksanakan.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Malaysia perlu menyesuaikan dasarnya, mempunyai institusi kukuh dan mengekalkan hala tuju jelas untuk mencapai matlamat menjadi ekonomi berpendapatan tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyifatkan lonjakan membanggakan kedudukan Malaysia dalam laporan Penarafan Daya Saing Dunia (WCR) 2025 sebagai petunjuk jelas usaha reformasi Kerajaan MADANI sedang membuahkan hasil.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) --Malaysia melonjak 11 anak tangga dalam Kedudukan Daya Saing Dunia (WCR) 2025 ke kedudukan ke-23, yang merupakan pencapaian terbaik negara sejak 2020, sekali gus mencerminkan momentum progresif dalam agenda pemulihan dan pembaharuan ekonomi negara.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) akan memfokuskan tumpuan dalam mengukuhkan hubungan dengan negara Asia Tengah menerusi penglibatan strategik yang memberi manfaat kepada kalangan perniagaan Malaysia dan rakan niaga serantau.
6bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman and Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Aliran masuk modal asing ke Malaysia yang mencatat paras tertinggi dalam tempoh sembilan tahun baru-baru ini mencerminkan selera pelabur global yang semakin meningkat terhadap aset Malaysia, meskipun suasana pasaran dunia masih dibayangi ketidaktentuan.
7bulan ago
OSAKA, 31 Mei (Bernama) -- Malaysia berjaya meraih potensi pelaburan melebihi RM8 bilion dan memeterai 20 memorandum persefahaman (MoU) melalui penyertaan dalam Ekspo 2025 Osaka, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
7bulan ago
Daripada Karina Imran
OSAKA, 30 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dijadual melakukan pembukaan rasmi Pavilion Malaysia di Expo 2025 Osaka, Jepun, esok.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menggesa kerajaan untuk mengekalkan kesinambungan dasar dan komited terhadap pembaharuan ekonomi jangka panjang ketika Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) semakin hampir dimuktamadkan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Rafizi Ramli meletak jawatan sebagai Menteri Ekonomi berkuat kuasa 17 Jun, 2025.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Malaysia menyeru negara anggota ASEAN untuk memanfaatkan perubahan asas dalam strategi pembiayaan bagi mencapai matlamat peralihan tenaga serantau, dengan pelaburan terkumpul dianggarkan melebihi US$3 trilion menjelang 2050.