4bulan ago
GEORGE TOWN, 2 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini memulakan kempen bagi mempromosi Dana Pelaburan Bersama Strategik (CoSIF) di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dengan lokasi pertama jelajah di Pulau Pinang.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Pendapatan hasil aktiviti urus niaga mata wang digital kripto seperti perdagangan, perlombongan dan pertukaran di Malaysia adalah tertakluk kepada cukai pendapatan di bawah Seksyen 4 Akta Cukai Pendapatan 1967.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) kini dalam proses perbincangan dengan pakar dan pengamal industri kewangan bagi meneroka kes penggunaan tokenisasi, kata Kementerian Kewangan (MOF).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Ringgit meningkat semula, dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin selepas Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell memberi petunjuk mengenai kemungkinan penurunan kadar faedah pada September.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Permohonan Ivory Properties Group Bhd untuk melanjutkan tempoh mengemukakan pelan regularisasi untuk keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) ditolak oleh Bursa Malaysia Securities Bhd.
4bulan ago
KUALA LUMPUR,19 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan trajektori meningkat untuk ditutup tinggi hari ini, disokong oleh pembelian berterusan dalam saham berwajaran tinggi terpilih walaupun sentimen berhati-hati dalam pasaran serantau, kata peniaga.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Pembelian pesawat Boeing bernilai US$9.5 bilion bagi fasa kedua tidak akan menjejaskan tahap hutang negara serta memberi impak kepada defisit fiskal Malaysia, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) telah mencadangkan penerbitan program sukuk subordinat bahagian kedua sehingga RM1 bilion dalam nilai nominal berdasarkan prinsip shariah wakalah bi al-istithmar.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM38.92 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2025, meningkat 3.0 peratus berbanding RM37.90 bilion dalam tempoh yang sama pada 2024.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Malaysia) memberi teguran secara terbuka kepada MCOM Holdings Bhd kerana gagal mengumumkan penyata kewangan beraudit (AFS) tahunan bagi tempoh kewangan 18 bulan berakhir 30 Jun 2024 menjelang tarikh akhir 31 Okt 2024.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Sejumlah 168,967 pemegang akaun ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ (BNPL) atau 2.6 peratus daripada keseluruhan 6.5 juta pengguna mempunyai baki tertunggak setakat 30 Jun, 2025, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
5bulan ago
PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Belanjawan 2026 adalah belanjawan sulung yang mendukung matlamat Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dan akan menumpukan kepada tiga teras utama iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai serta memperkukuh tatakelola baik dalam pentadbiran negara.