BERITA TERKINI   Majlis Pengurusan Bencana Negara dicadang ditubuhkan sebagai badan tertinggi menyelaras pengurusan bencana - Ahmad Zahid | Pemimpin pemuda dalam politik perlu meraikan perbezaan pendapat - TPM Ahmad Zahid | Pemberian kewarganegaraan secara automatik kepada anak yang lahir di luar negara dijangka berkuat kuasa sekitar Jun atau Julai tahun ini - Saifuddin | Pasport dan MyKad berwajah baharu dengan ciri keselamatan tambahan bakal diperkenal suku kedua tahun ini - Saifuddin | Tambang sehala AirAsia RM328 ke Sarawak, RM398 ke Sabah sempena Tahun Baharu Cina, Hari Raya - Loke | 

Terdapat 279 berita berdasarkan kata kunci carian " semakan "

Ekonomi Malaysia Berkembang 4.4 Peratus Suku Kedua 2025, Dipacu Permintaan Domestik Kukuh

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.4 peratus pada suku kedua 2025 bersamaan pertumbuhan 4.4 peratus pada separuh pertama 2025, didorong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh.

Ringgit Cecah Paras 4.18 Didorong Jangkaan Tinggi Penurunan Kadar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Ringgit yang mencecah paras 4.18 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) merupakan tahap tertinggi dalam tempoh lebih enam minggu, dirangsang oleh jangkaan yang tinggi terhadap kitaran penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS dan prospek makroekonomi Malaysia yang kukuh.

Keuntungan Bersih Suku Kedua 2025 MR DIY Meningkat Kepada RM158.58 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih MR DIY Group (M) Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2025 meningkat kepada RM158.58 juta daripada RM155.21 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Eksport Domestik Bukan Minyak Singapura Berkembang 7.1 Peratus Pada Suku Kedua 2025

SINGAPURA, 12 Ogos (Bernama) -- Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura meningkat sebanyak 7.1 peratus pada suku kedua 2025 tahun ke tahun, meneruskan pertumbuhan 3.3 peratus yang dicatatkan pada suku sebelumnya, menurut Enterprise Singapore (EnterpriseSG).

Petronas Kaji Semula Kecekapan Operasi, Kos Susulan Penurunan Harga Minyak

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menjangka aliran harga minyak yang rendah ketika ini akan berterusan dan berada dalam jajaran US$64 hingga US$65 setong, kata Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Huluannya Mohd Jukris Abdul Wahab.

Pelabur Asing Kembali Sebagai Pembeli Bersih US$996 Juta Ekuiti Asia, Taiwan Tertinggi - MBSB

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Pelabur asing muncul semula sebagai pembeli bersih di pasaran Asia pada minggu lepas dengan mencatat jumlah US$996 juta (US$1=RM4.23) berbanding aliran keluar pada minggu sebelumnya manakala Taiwan mencatat angka belian tertinggi di rantau ini.

KPDN Cadang Perkenal Undang-undang Baharu Kawal Selia e-Dagang

KOTA KINABALU, 9 Ogos (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mencadangkan agar satu undang-undang baharu digubal khususnya untuk mengawal selia e-dagang bagi memastikan ia lebih tersusun dan efektif di peringkat nasional.

Impak Tarif Tidak Dijangka Cetus Kemelesetan, Namun Pertumbuhan Mungkin Perlahan - Tengku Zafrul

Daripada Norsyafawati Ab Wahab

OSAKA (Jepun), 8 Ogos (Bernama) -- Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan susulan daripada pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Eksport Semikonduktor Malaysia Ke AS Masih Dikecualikan Tarif Timbal Balas - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengulangi bahawa eksport semikonduktor Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) setakat ini masih dikecualikan daripada tarif timbal balas AS.

Kerajaan Akan Umum Skim Baharu Program Pemeteran Tenaga Bersih

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Kerajaan sedang mengkaji semula program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) dan dijangka mengumumkan skim baharu pada bulan ini, sejajar dengan semakan semula struktur tarif elektrik bagi memastikan pengagihan subsidi  lebih adil.

CAAM, Boeing Bekerjasama Untuk Pertingkat Pengurusan Trafik Di KLIA

PUTRAJAYA, 5 Ogos (Bernama) -- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan syarikat aeroangkasa global, Boeing telah bekerjasama untuk menjadikan operasi trafik udara lebih cekap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

N. Sembilan Jangka REE Beri Sumbangan Besar Pada Hasil Negeri Mulai 2027 - Aminuddin

SEREMBAN, 4 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sembilan menjangkakan unsur nadir bumi (REE) di negeri ini bakal memberi sumbangan besar kepada hasil negeri bermula 2027, demikian Persidangan Dewan Undangan Negeri Sembilan diberitahu hari ini.