BERITA TERKINI   Inisiden letupan kompresor di sebuah universiti swasta, mangsa terlibat meningkat 10 orang termasuk seorang maut- Ketua Polis KL | Empat pelajar antara sembilan cedera dalam letupan kompresor di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara - Ketua Polis KL | Rapid Bus akan terima 250 bas elektrik termasuk 75 Rapid Penang dijangka tiba Mac ini - Loke | Bomba sahkan letupan akibat kebocoran gas penghawa dingin di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, dua kakitangan cedera. | Perkhidmatan teksi air di Pulau Pinang belum dapat direalisasi kerana perlu selesai beberapa aspek teknikal, keselamatan - Loke | 

Terdapat 309 berita berdasarkan kata kunci carian " skim"

Pulau Pinang Lancar Skim Pembiayaan Peralihan Dana CM Untuk Pembuatan Mampan

GEORGE TOWN, 29 Ogos (Bernama) -- Pulau Pinang akan mengambil langkah utama ke arah menjadi hab pembuatan hijau terunggul di Asia Tenggara melalui pelancaran Skim Pembiayaan Peralihan Dana CM.

RUU Perolehan Kerajaan, Kredit Pengguna Diluluskan, Cermin Agenda Reformasi MADANI

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Persidangan Dewan Rakyat yang menutup tirai bagi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-15 pada Khamis selepas bersidang selama 24 hari terus mencerminkan komitmen kerajaan MADANI.

KPK Kemuka Permohonan Pengecualian SST CPKO Kepada Kementerian Kewangan - Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) kini sedang mengemukakan permohonan pengecualian cukai kepada Kementerian Kewangan bagi minyak isirung sawit mentah (CPKO) dan minyak isirung olein, masing-masing dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada kadar lima peratus.

Aktiviti Buru Saham Harga Rendah Pacu Bursa Malaysia Kekal Positif Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal meningkat pada tengah hari ini, didorong oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah yang diterajui oleh kaunter perbankan, utiliti dan penjagaan kesihatan.

UK Cadang Kerjasama Mendalam Dengan ASEAN Dalam Semikonduktor

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- United Kingdom (UK) berhasrat untuk mengukuhkan kerjasama industri dengan negara-negara ASEAN, terutamanya dalam industri semikonduktor agar ianya mampu mewujudkan rantaian bekalan global yang berdaya tahan dalam usaha menangani ketidakpastian perdagangan yang berterusan termasuk kemungkinan pengenaan tarif yang lebih berat ke atas industri itu oleh Amerika Syarikat (AS).

Insentif Pembiayaan RM1.4 Bilion Untuk Usaha Tanam Semula Sawit 82,979 Hektar - Johari 

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Peruntukan sebanyak RM1.4 bilion di bawah Skim Insentif Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS 2.0) yang dipohon Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bagi tempoh lima tahun, disasarkan bagi meliputi keluasan tanaman semula sawit sebanyak 82,979 hektar.

Kesan Sekatan Pasaran AS Terhadap Minyak Sawit Malaysia Dijangka Minimum - KPK

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Kesan langsung daripada sekatan atau cabaran pasaran Amerika Syarikat (AS) terhadap industri minyak sawit Malaysia dijangka pada tahap minimum, kata Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

DOPPA Sambut Baik Peruntukan RM1.4 Bilion Untuk Penanaman Semula Sawit

KUCHING, 8 Ogos (Bernama) -- Persatuan Penanam Kelapa Sawit Dayak Sarawak (DOPPA) berkata peruntukan kerajaan persekutuan sebanyak RM1.4 bilion untuk penanaman semula pokok sawit di bawah Rancangan Malaysia ke -13 (RMK13) adalah langkah yang tepat bagi meremajakan ladang-ladang yang sudah tua terutamanya kepada pekebun-pekebun kecil bebas di negeri ini.

Kerajaan Akan Umum Skim Baharu Program Pemeteran Tenaga Bersih

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Kerajaan sedang mengkaji semula program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) dan dijangka mengumumkan skim baharu pada bulan ini, sejajar dengan semakan semula struktur tarif elektrik bagi memastikan pengagihan subsidi  lebih adil.

Kemudahan BNPL Terkawal, Langkah Kawal Selia Dipertingkat Bagi Lindungi Pengguna

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Penggunaan kemudahan ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ (BNPL) masih terkawal, namun langkah pengawalseliaan sedang dipertingkatkan menerusi Akta Kredit Pengguna (AKP) 2025 untuk melindungi pengguna.

Pelan Strategik Utama RMK13 Rangsang Industri Pertumbuhan Tinggi Nilai Tinggi - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan menggiatkan pelaksanaan pelan strategik utama dalam kerangka Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) untuk merangsang pertumbuhan industri pertumbuhan tinggi nilai tinggi dan sektor strategik.

Jangan Terpedaya Penipuan Pendaftaran Penghargaan SARA - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kementerian Kewangan menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya dengan penipuan atau scam menjemput mereka membuat pendaftaran bagi inisiatif penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diumumkan Kerajaan MADANI, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.