10bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan (MOT) berpandangan bahawa penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak menjejaskan aspek keselamatan berdasarkan komitmen dan kerjasama antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), MAHB dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memastikan aspek keselamatan berada pada tahap terbaik.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM486.49 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Dis 2024, susut daripada RM543.41 juta pada tahun sebelumnya.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Feb -- Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus dolar US pada 2024, merupakan satu daripada beberapa mata wang di Asia yang meningkat berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS), kata Bank Negara Malaysia.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Malaysia dijangka menjadi pengeksport penting durian segar ke China berikutan perjanjian yang dimeterai antara kedua-dua negara pada tahun lepas, kata BMI.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hari ini mengumumkan dividen 3.60 peratus bagi Akaun Deposit Koperasi (ADK) kepada pendeposit (koperasi) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif berikutan rantau ini masih berada di peringkat awal kitaran pembinaan pusat data, menurut Maybank Investment Bank (IB) Bhd.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Sistem perbankan Malaysia terus mencatatkan penampan mudah tunai yang kukuh dengan agregat Nisbah Perlindungan Mudah Tunai (LCR) sebanyak 160.7 peratus, naik daripada 147.9 peratus pada November, menyokong pengantaraan kewangan yang berterusan, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Pengambilalihan baki saham oleh pembuat tawaran bersama ke atas saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi pihak Gateway Development Alliance Sdn Bhd, Pantai Panorama Sdn Bhd, Kwasa Aktif Sdn Bhd dan Gip Aurea Pte Ltd mencecah 92.82 peratus, melebihi ambang 90 peratus.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah memperoleh RM13.4 bilion dalam pelaburan yang direalisasikan untuk 2024, berkembang 56 peratus berbanding sebanyak RM8.6 bilion pada 2023.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, Jan 17 (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd menyasarkan 800 langganan Kad Kredit-i Bank Islam Mastercard World Premier Wealth yang baru dilancarkannya menjelang akhir tahun ini.
11bulan ago
CYBERJAYA, 16 Jan (Bernama) -- Cyberview Sdn Bhd berazam untuk terus memperkasa keusahawanan dalam dekad akan datang menerusi program Cyberview Living Lab Accelerator (CLLA) yang dapat memberikan impak jangka panjang merentas industri.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) dan pemegang sahamnya (secara kolektif, Konsortium) telah menerima penerimaan tawaran sah sebanyak 1.40 bilion saham mewakili 84.1 peratus daripada jumlah saham terbitan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).