Terdapat 1311 berita berdasarkan kata kunci carian " aliran"

PM Singapura Bentang Belanjawan Negara, Tumpu Pertumbuhan Fasa Seterusnya

SINGAPURA, 18 Feb (Bernama) --Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong hari ini membentangkan Penyata Belanjawan 2025 republik itu yang bertujuan untuk memajukan agenda Forward Singapore.  

MDEC Sasar Sumbangan Ekonomi Digital 25.5 Peratus Kepada KDNK Malaysia Pada Akhir 2025

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anuar Fariz Fadzil.

Tawaran Sukarela Konsortium Dianggotai KWSP Adalah Pelaburan Baharu Jangka Panjang - MOF

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Tuduhan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Ringgit Ditutup Kukuh Berbanding Dolar AS Susulan Jangkaan Penurunan Kadar AS

Oleh NurulJannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini mendapat rangsangan daripada jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat  (Fed) akan menurunkan kadar faedahnya.

Grab Sumbang RM9.9 Bilion Kepada KDNK Malaysia Pada 2023 -- EconWorks

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Perkhidmatan atas permintaan, Grab termasuk perkhidmatan e-panggilan dan penghantarannya menyumbang sebanyak RM9.9 bilion kepada ekonomi Malaysia pada 2023, menurut laporan baharu oleh firma perunding ekonomi tempatan, EconWorks.

ASEAN Perlu Utama Kepentingan Serantau Di Sebalik Perubahan Geopolitik Global - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) perlu mengutamakan kepentingan kolektif blok itu berbanding hubungan mana-mana anggotanya dengan kuasa besar atau kumpulan alternatif lain, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia terjejas oleh jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi pada tengah hari ini, diterajui oleh sektor perkhidmatan kewangan dan utiliti.

Belian Bersih RM77.9 Juta, Institusi Tempatan Pemacu Bursa Bagi Minggu Ke-17 - MIDF

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Institusi tempatan terus menjadi pemacu Bursa Malaysia bagi minggu ke-17 berturut-turut pada minggu lepas dengan mencatat belian bersih ekuiti domestik berjumlah RM77.9 juta, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd.

RCEP, Kunci Integrasi Kepada Kemakmuran ASEAN - PM Thai Paetongtarn

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Integrasi ekonomi yang lebih mendalam, pengukuhan rantaian bekalan serantau dan sumbangan kepada pembangunan ekonomi global merupakan keutamaan bersama yang perlu ditekankan oleh ASEAN, kata Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra.

Harga Dagangan Di Pasaran Getah Dijangka Sedikit Tinggi Minggu Depan Ekoran Cuaca

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka mengalami dagangan pada harga yang sedikit tinggi minggu depan berikutan cuaca tidak menentu susulan perubahan iklim yang menyebabkan daun pokok getah luruh, kata pakar industri, Denis Low.

Prestasi Kukuh KDNK 2024 Pacu Ringgit Ditutup Tinggi

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan kukuh ekonomi Malaysia pada 2024 telah membantu melonjakkan ringgit untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini.

SMR 20 Ditutup Tinggi Susulan Aliran Meningkat Niaga Hadapan Getah Serantau

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) ditutup tinggi hari ini disokong oleh aliran meningkat pasaran niaga hadapan serantau apabila para peniaga memberikan reaksi positif terhadap penangguhan pelaksanaan tarif perdagangan Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.