BERITA TERKINI   Piala Malaysia : Terengganu FC 1-1 Kuala Lumpur City FC | 

Terdapat 1649 berita berdasarkan kata kunci carian " april"

Pernas Lantik Nor Azam Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Baharu

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Perbadanan Nasional Bhd (Pernas) mengumumkan pelantikan Datuk Nor Azam M. Taib sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa hari ini. 

Mesyuarat Pertama Pasukan Petugas NGCC Diadakan Tidak Lama Lagi, Perkukuh Perdagangan Negara

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Mesyuarat pertama Pasukan Petugas Pusat Tindakan Geoekonomi Negara (NGCC) akan diadakan tidak lama lagi untuk mempercepat pelaksanaan cadangan NGCC termasuk memperkukuh daya tahan perdagangan negara.

Ekonomi Kekal Kukuh, Malaysia Guna Pendekatan Pelbagai Hala Hadapi Tarif AS - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Keadaan dan asas ekonomi Malaysia masih terkawal, kukuh dan stabil berikutan pelaksanaan tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS) terhadap Malaysia, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Bursa Malaysia Tolak Permohonan REB Lanjut Tarikh Akhir Kemuka Pelan Regularisasi

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Permohonan Reach Energy Bhd (REB) untuk melanjutkan tarikh akhir bagi mengemukakan pelan regularisasi kepada pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan telah ditolak oleh Bursa Malaysia.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Empat Hari Berturut-Turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi untuk dagangan empat hari berturut-turut hingga hari ini dipacu oleh pengukuhan ringgit dan pasaran ekuiti, kata seorang penganalisis.

Pak Lah: Peneraju Pertumbuhan Ekonomi Seimbang, Pembangunan Modal Insan Dan Industri Halal

Oleh Noor Baizura Basri and Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) – Tun Abdullah Ahmad Badawi, lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah, seorang yang berperwatakan lembut tetapi berjiwa besar dan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk Malaysia dan rakyatnya secara saksama.

Tempoh 90 Hari Beri Ruang Malaysia Teruskan Eksport Ke AS Seperti Biasa - Johari

PUTRAJAYA, 14 April (Bernama) -- Malaysia masih dapat meneruskan aktiviti eksport komoditi ke Amerika Syarikat (AS) seperti biasa dalam tempoh 90 hari ini, susulan langkah penangguhan sementara tarif baharu yang dikenakan oleh negara itu.

Ringgit Ditutup Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS Ketika DXY Rendah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini dalam keadaan Indeks Dolar AS (DXY) yang menyusut, kata penganalisis.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini sejajar dengan prestasi mantap dalam pendasar pasaran tunai.

Malaysia Akan Jemput Thailand Sertai Dialog FACT - Johari

PUTRAJAYA, 14 April (Bernama) -- Malaysia akan mempelawa Thailand iaitu pengeluar minyak sawit ketiga terbesar dunia untuk menyertai Dialog Perdagangan Perhutanan, Pertanian dan Komoditi (FACT) pada masa hadapan, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Maybank Lancar Maybank Global Access Bagi Perbankan Antarabangsa Patuh Syariah

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Kumpulan Maybank melancarkan Maybank Global Access, penyelesaian inovatif yang mengintegrasikan akaun pelbagai mata wang patuh Syariah yang dikenali sebagai Maybank Global Access Account-i dengan kad debit Mastercard World Maybank Global Access.

Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi Berikutan Kekurangan Bahan Mentah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini berikutan kebimbangan yang berterusan terhadap kekurangan bekalan bahan mentah akibat cuaca dan musim sejuk di negara-negara pengeluar getah asli (NR) utama, kata seorang peniaga.