BERITA TERKINI   Pemberian BKK dikecualikan daripada cukai pendapatan di bawah subseksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967 - JPA | Pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2026 sebanyak RM500 akan dibayar pada 13 Mac - JPA | PM Anwar seru agar wujud kematangan dalam urusan politik antarabangsa | Kementerian Luar pamer prestasi membanggakan, kunjungan ke luar negara beri manfaat kepada negara - PM Anwar | Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ucap tahniah kepada Ashwad Ismail yang dilantik Ketua Pengarah Penyiaran yang baharu | 

Terdapat 1967 berita berdasarkan kata kunci carian " turun "

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan prestasi pasaran hadapan getah serantau yang bercampur-campur apabila ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Harga Runcit RON97 Dan Diesel Di Semenanjung Turun 3 Sen

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97 di Semenanjung Malaysia akan diturunkan sebanyak tiga sen kepada RM3.07 seliter bermula 5 Jun hingga 11 Jun 2025, selaras dengan penurunan harga pasaran minyak dunia, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Aktiviti Pembelian Saham Harga Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan pada jam terakhir dagangan untuk ditutup lebih tinggi sedikit dipacu oleh aktiviti pembelian saham harga rendah dalam saham tenaga dan telekomunikasi pada sesi lewat dagangan, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki kenaikan semalaman Wall Street kerana sentimen dirangsang oleh dasar tarif Presiden AS Donald Trump mungkin ditarik balik, dilihat sebagai alat rundingan, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Bagi Hari Dagangan Keenam Berturut-Turut

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah bagi hari dagangan keenam berturut-turut hari ini meskipun kenaikan pada sesi awalnya ekoran tekanan jualan di pasaran pesat membangun serantau berikutan kebimbangan terhadap konflik tarif yang berterusan, kata seorang penganalisis.

Ringgit Ditutup Tinggi Berrbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, apabila kalangan peserta pasaran kekal berhati-hati menjelang pertemuan yang dijangka antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping minggu ini, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan Getah Ditutup Rendah Sejajar Dengan Pasaran Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah disebabkan oleh kelemahan dalam petunjuk daripada pasaran niaga hadapan getah serantau dan data ekonomi China yang agak lembap, kata seorang peniaga.

KWSP Catat Jumlah Pelaburan RM18.31 Bilion Bagi Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM18.31 bilion untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2025, turun 13 peratus berbanding RM20.99 bilion yang dicatatkan untuk suku yang sama pada 2024.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari disebabkan oleh ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China kembali memuncak, kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pada Selasa ketika pasaran menilai prospek dasar tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, kata seorang penganalisis.

Ketidaktentuan Geopolitik, Ekonomi Dijangka Jejas Industri Penerbangan - IATA

KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) -- Ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi yang berterusan memberi risiko paling ketara kepada prospek industri penerbangan, kata Ketua Pengarah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) Willie Walsh.

Petronas Pertingkat Projek LNG, Jamin Bekalan Jangka Panjang Untuk China

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

BEIJING, 2 Jun (Bernama) --Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang mempercepatkan usaha untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan kongsi gas asli cecair (LNG) jangka panjang yang boleh dipercayai kepada China dengan mengembangkan pembangunan gas domestik dan portfolio pengeluaran globalnya bertujuan untuk memastikan bekalan tenaga yang konsisten dan mampan untuk salah satu pengimport LNG terbesar di dunia.