1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Johor Plantations Group Bhd berjaya menerbitkan Sukuk Wakalah sulungnya dengan jumlah agregat RM1.35 bilion dalam nilai nominal daripada Program Sukuk Wakalah syarikat itu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Malaysia komited terhadap pemerkasaan ekonomi wanita dengan menyokong lebih 500,000 usahawan dalam kalangan komuniti itu melalui program kewangan mikro, titah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kemiskinan mutlak meningkat dari 2019 hingga 2022, terutamanya dalam kalangan isi rumah bandar, menokok kepada 4.5 peratus menjelang 2022 berbanding hanya 3.8 peratus pada 2019, menurut laporan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Ringgit meningkat dengan kukuh berbanding dolar AS, terutamanya sejak awal Julai, susulan pergerakan kadar faedah yang lebih jelas di negara maju, terutamanya Amerika Syarikat (AS), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menjangka perincian selanjutnya mengenai rasionalisasi subsidi petrol RON95, dan sama ada kerajaan sedang mengkaji untuk memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan dimaklumkan dalam Belanjawan 2025.
1tahun ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Worldcoin Foundation sedang memperluaskan ketersediaan perkhidmatan bukti identiti peribadinya untuk merangkumi fasa perintis atau pengujian beta di Malaysia.
1tahun ago
JOHOR BAHRU, 24 Sept (Bernama) -- Kluang bakal menjadi hab logistik bagi negeri Johor berikutan pembangunan beberapa projek infrastruktur di daerah itu seperti Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (Gemas-JB EDTP), pelebaran lebuh raya PLUS dan kerja menaik taraf jalan persekutuan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Anak syarikat EPB Group Bhd, Easy Pack Machinery Sdn Bhd telah memeterai perjanjian jual beli dengan Penang Development Corporation untuk pengambilan tanah perindustrian yang terletak di Plot P23B, Penang Science Park North.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kerajaan Malaysia perlu memperuntukkan lebih banyak sumber untuk menambah baik pencawang dan grid nasional, kata Asiarecs Pte Ltd Singapura.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Anugerah Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 yang berprestij kembali tahun ini dengan kategori baharu iaitu Anugerah Kelestarian untuk mengiktiraf usaha menerima pakai amalan mampan dalam industri Halal.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Mycron Steel Bhd memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan pengeluar keluli Jepun JFE Steel Corporation bagi memacu penggunaan penyelesaian keluli hijau di Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGS MY) melancarkan Pembiayaan Margin Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dan Kemudahan Pembiayaan Margin-i ESG, dengan pembiayaan sehingga RM5 juta.