9bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Kerajaan mengambil pendekatan yang teliti dan berhemah dalam menangani isu tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), dengan mengutamakan rundingan diplomatik serta kerjasama serantau.
9bulan ago
PHNOM PENH, 7 Mei (Bernama) -- Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Bersekutu Malaysia (ACCCIM) dan Dewan Perniagaan Kemboja (CCC) melancarkan inisiatif bersama dalam usaha meningkatkan kerjasama ekonomi serta perdagangan dua hala.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah aliran meningkat di pasaran niaga hadapan getah serantau dan kenaikan harga minyak.
9bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan awal untuk ditutup sedikit rendah hari ini, diseret turun akibat aktiviti pengambilan untung di kaunter perkhidmatan kewangan serta kaunter produk dan perkhidmatan perindustrian, kata seorang penganalisis pasaran.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) berharap para pemimpin ASEAN, yang akan bertemu bagi sidang kemuncak di sini akhir bulan ini, akan menyokong 12 Keberhasilan Utama Ekonomi (PED).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Untung bersih Hartalega Holdings Bhd (Hartalega) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2025 (TK2025) melonjak kepada RM74.54 juta daripada RM12.50 juta pada TK2024, manakala perolehan meningkat kepada RM2.59 bilion daripada RM1.84 bilion sebelumnya.
9bulan ago
SINGAPURA, 6 Mei (Bernama) -- Kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Singapura menunjukkan minat ketara terhadap Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), termasuk peluang beralih atau mengembangkan perniagaan di kawasan berkenaan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Bahagian pasaran sektor sarung tangan getah Malaysia di pasaran Amerika Syarikat (AS) dijangka meningkat kepada 55 peratus meskipun berdepan kenaikan tarif sebanyak 10 peratus serta tarif timbal balas yang dikenakan oleh negara itu ke atas Malaysia.
9bulan ago
KULIM, 5 Mei (Bernama) – Austria Technologie & Systemtechnik AG (AT&S), salah satu pengeluar litar bersepadu (IC) dan papan litar bercetak terkemuka, kini telah bersedia untuk pengeluaran volum tinggi di kompleks kilang baharunya di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), Malaysia.
9bulan ago
SHAH ALAM, 5 Mei (Bernama) -- Kerajaan komited untuk melindungi ekonomi negara menerusi pendekatan pantas, cekap dan kreatif dalam usaha menangani ketidaktentuan tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9bulan ago
Oleh Nor Baizura Basri dan Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Sidang Khas Dewan Rakyat berkaitan isu tarif Amerika Syarikat (AS) hari ini memberi peluang kepada ahli parlimen untuk mendengar penjelasan daripada kerajaan mengenai usaha berterusan bagi menangani impak ketidaktentuan ekonomi global terhadap negara.
9bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kalangan ahli ekonomi menyemak turun pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia 2025 kepada 4.5 peratus berikutan pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) yang memberi kesan, namun pada masa sama terus yakin dengan daya tahan ekonomi.