6bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 5.9 peratus kepada 25,679 tan pada Jun 2025 daripada 24,256 tan pada Mei 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
6bulan ago
SINGAPURA, 12 Ogos (Bernama) -- Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura meningkat sebanyak 7.1 peratus pada suku kedua 2025 tahun ke tahun, meneruskan pertumbuhan 3.3 peratus yang dicatatkan pada suku sebelumnya, menurut Enterprise Singapore (EnterpriseSG).
6bulan ago
SINGAPURA, 12 Ogos (Bernama) -- Singapura menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2025 kepada antara 1.5 hingga 2.5 peratus untuk mencerminkan prestasi ekonomi negara yang lebih baik berbanding jangkaan pada separuh pertama 2025.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Eksport minyak sawit mentah (MSM) negara masih memainkan peranan penting kepada industri sawit kerana ia memastikan Malaysia tidak kehilangan syer pasaran kepada pesaing terdekat negara, iaitu Indonesia.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Citaglobal Bhd menceburi sektor tenaga hidro dengan memperoleh 70 peratus kepentingan dalam dua projek kuasa hidro di Perak.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Vivax-Metrotech Corporation (VXMT), peneraju global dalam teknologi pengesanan dan pemeriksaan utiliti termaju mengumumkan pelaburan RM48 juta untuk penubuhan kemudahan pembuatan baharu di Pulau Pinang yang mewujudkan 175 pekerjaan berkemahiran tinggi.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia (SME Bank) telah memperkasakan seramai 5,735 usahawan pada separuh pertama 2025, peningkatan 158 peratus berbanding 2,225 usahawan dalam tempoh yang sama pada 2024.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Sektor pembinaan Malaysia mengekalkan pertumbuhan kukuh sebanyak 12.9 peratus pada suku kedua 2025 dengan nilai kerja-kerja mencecah RM43.9 bilion pada tempoh sama, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Classita Holdings Bhd melantik bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain sebagai Pengerusi Bukan Eksekutifnya, berkuat kuasa serta-merta.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, meningkat semula selepas mencatatkan penurunan selama dua sesi dagangan berturut-turut dalam kebimbangan mengenai impak daripada tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas ekonomi domestik dan global.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Bagi ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) untuk merealisasikan pertumbuhan inklusif, keselamatan wanita perlu dianggap sebagai keutamaan ekonomi, termasuk menghapuskan struktur yang menjadi punca kepada keganasan berterusan.
6bulan ago
PUTRAJAYA, 9 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia (MFA) melancarkan misi perdagangan antarabangsa ke China bermula 8 hingga 10 Ogos ini.