BERITA TERKINI   Untung bersih MISC Bhd meningkat kepada RM1.7 bulan pada tahun kewangan 2025 daripada RM1.19 bilion tahun sebelumnya | Petronas Dagangan isytihar dividen interim 26 sen dan dividen khas 20 sen bagi suku keempat 2025 | Untung bersih Petronas Dagangan Bhd meningkat kepada RM1.10 bilion pada tahun kewangan 2025 daripada RM1.09 bilion tahun sebelumnya | Untung bersih LPI Capital Bhd susut kepada RM367.78 juta pada tahun kewangan 2025 daripada RM377.09 juta tahun sebelumnya | Kerajaan minta beri ruang untuk teliti impak keputusan mahkamah agung AS, elak jejas perdagangan dua hala Malaysia-AS bernilai RM367.5 bilion - PM Anwar | 

Terdapat 1124 berita berdasarkan kata kunci carian " oktober"

Niaga Hadapan MSM Terus Ditutup Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan penurunannya pada Rabu berikutan aktiviti pengambilan untung menjelang pengumuman data bulan September Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) esok, kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini menjelang pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) bulan September pada malam ini.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu.

Mitsubishi Power Mahu Perluas Kepakaran Turbin Gas Di Rantau Ini

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Mitsubishi Power Asia Pacific Pte Ltd menyasarkan untuk mengembangkan kepakarannya dalam turbin gas di Asia Tenggara susulan potensi meluas penggunaan gas asli dan gas asli cecair (LNG) di rantau ini.

Leader Energy, Plus Xnergy Akan Guna Sistem Bateri Sodium-Sulur Pertama Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Leader Energy Group Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Leader Solar Energy II Sdn Bhd (LSE II) dengan perkongsian bersama Plus Xnergy Services Sdn Bhd, akan menggunakan sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) sodium sulfur (NaS) pertama di Malaysia.

Strategi Malaysia Sebagai Pengerusi ASEAN Pada 2025 Perkukuh Rantaian Nilai Serantau

Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail

VIENTIANE, 9 Okt (Bernama) -- Malaysia telah menggariskan tiga strategi untuk ASEAN apabila ia mengambil alih jawatan pengerusi perkumpulan tersebut pada 2025, termasuk mengukuhkan rantaian nilai serantau dan kerjasama kawal selia.

Ringgit Mengukuh Kepada 14.4 Peratus Berbanding Dolar AS, Antara Mata Wang Berprestasi Terbaik Di Peringkat Global

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Ringgit merupakan antara mata wang yang sedang menunjukkan prestasi terbaik pada peringkat global, mengukuh kepada 14.4 peratus berbanding dolar AS pada suku ketiga 2024 dan 11.4 peratus pada asas sejak awal tahun sehingga kini, menurut Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) Bank Negara Malaysia (BNM).

Malaysia Di Landasan Tepat Capai Status Negara Maju, Berpendapatan Tinggi - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Malaysia berada di landasan tepat untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

MPOB, M-FICORD Sarawak Anjur Program Pemindahan Teknologi Pada 14 Oktober

KUCHING, 9 Okt (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), dengan kerjasama Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) Sarawak, akan mengadakan Program Pemindahan Teknologi Kelapa Sawit Sarawak (TOT Sarawak 2024) di sini pada 14 Oktober ini.

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Bercampur-campur Semasa Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bercampur-campur semasa awal dagangan pada Rabu.

Belanjawan 2025: MPOB Harap Kerajaan Bantu Penanam Pulih Semula Pokok Sawit Tidak Produktif

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berharap kerajaan akan membantu penanam mempercepatkan aktiviti penanaman semula bagi memulihkan pokok kelapa sawit yang tidak produktif dan tua dalam Belanjawan 2025, untuk meningkatkan produktiviti sektor tersebut.

PMKS Harus Peroleh Manfaat Daripada Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital - Tengku Zafrul

Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail

VIENTIANE, 8 Okt (Bernama) -- Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) ASEAN seharusnya mendapat manfaat daripada jangkaan nilai ekonomi berjumlah US$2 trilion dijana daripada Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) menjelang 2030.