Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia bercampur-campur semasa mengakhiri sesi pagi ini, menjejaki prestasi bursa serantau dengan petunjuk positif daripada Wall Street minggu lepas.
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia bercampur-campur semasa mengakhiri sesi pagi ini, menjejaki prestasi bursa serantau dengan petunjuk positif daripada Wall Street minggu lepas.
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS pada Isnin, disokong oleh penurunan Indeks Dolar AS (DXY) pada Jumaat lepas, menurut ahli ekonomi.
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan kecil ketika musim cuti Krismas dengan unjuran harga US$2,585 hingga US$2,635 di tengah-tengah sentimen pasaran yang berhati-hati serta aktiviti akhir tahun yang suram.
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil pada paras 4.50 hingga 4.52 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, memaparkan ketidaktentuan dan sentimen berhati-hati dalam kalangan peniaga sewaktu tempoh cuti Krismas.
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Pasaran getah dijangka kekal tidak menentu minggu depan, dengan harga berpotensi untuk meningkat disebabkan keadaan cuaca buruk di negara pengeluar utama dan kekurangan stok getah asli global, kata Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (Margma).
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh ringgit yang lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) seiring pemulihan pasaran niaga hadapan getah serantau di tengah-tengah ramalan cuaca buruk berterusan di beberapa negara pengeluar utama, kata peniaga.
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada hari terakhir dagangan minggu ini berikutan pengukuhan mata wang unit negara maju itu selepas data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang positif adalah melebihi jangkaan pasaran.
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd kembali mencatatkan keuntungan dengan keuntungan bersih sebanyak RM5.47 juta pada suku pertama berakhir 30 Nov 2024 (suku pertama tahun kewangan 2025), meningkat semula daripada kerugian bersih RM57.71 juta pada suku pertama tahun kewangan 2024.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS berikutan hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) selama dua hari dan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh dijangka terus menyokong dolar, kata ahli ekonomi.
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, meneruskan penyusutan apabila Rizab Persekutuan AS (Fed) menunjukkan pendekatan lebih berhati-hati bagi pengurangan kadar faedah tahun depan, susulan penurunan 25 mata asas pada Rabu.
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada dagangan tengah hari Khamis dan menjejaki pasaran serantau susulan prestasi semalaman Wall Street yang susut.
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Ringgit diniagakan susut 0.4 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi urus niaga awal Khamis apabila Indeks Dolar AS terus melonjak kepada 108.142 mata susulan pengumuman Rizab Persekutuan AS mengurangkan Kadar Dana Fed sebanyak 25 mata asas, malam tadi.