9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Malaysia terus memantau perkembangan terkini berkenaan tarif yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) meskipun industri semikonduktor tidak terjejas secara langsung dengan situasi tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9bulan ago
TAWAU, 10 April (Bernama) -- Kadar tarif baharu Amerika Syarikat (AS) ke atas 90 negara termasuk Malaysia dilihat tidak begitu menjejaskan harga komoditi eksport negara terutamanya minyak sawit, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.
9bulan ago
Oleh Nor Baizura Basri dan Karina Imran
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara perdagangan perlu menggunakan platform Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) untuk menyelesaikan sebarang isu dan masalah, termasuk tarif.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Gabenor Guangxi Lan Tianli dan delegasinya yang mencerminkan hubungan kukuh yang telah lama terjalin antara Malaysia dan China.
9bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR,10 April (Bernama) -- Pengeluar produk berasaskan roselle segar, Sorellicious Legacy, beroperasi di Klang, Selangor menyasarkan untuk mengeksport roselle kering ke pasaran Asia Tenggara menjelang akhir tahun ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Airbus dan Pusat Inovasi Aeroangkasa Malaysia (AMIC) memeterai satu perjanjian kerjasama penyelidikan dan teknologi bagi meneliti rantaian bekalan bahan api penerbangan mampan (SAF) di serata Asia Pasifik.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- ASEAN akan mengadakan dialog yang jujur dan konstruktif dengan Amerika Syarikat (AS) untuk menangani isu kebimbangan berkenaan perdagangan selepas Washington mengenakan tarif kepada 168 negara termasuk semua negara anggota blok Asia Tenggara.
9bulan ago
BAGAN SERAI, 10 April (Bernama) -- Agrobank menyasarkan 18 cawangannya menggunakan tenaga solar sehingga akhir tahun ini, kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin.
9bulan ago
KOTA KINABALU, 10 April (Bernama) -- Sabah mencatatkan jumlah pelaburan keseluruhan sebanyak RM6.5 bilion dengan 38.7 peratus daripadanya disumbangkan oleh sektor pembuatan pada tahun lepas, kata Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Satu mesyuarat khas pemimpin ASEAN akan diadakan untuk membincangkan langkah menangani potensi gangguan terhadap perdagangan serantau, rangkaian rantaian bekalan dan pelaburan rentas sempadan susulan peningkatan cabaran geopolitik dan ekonomi ketika ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) melalui Malaysia Petroleum Management (MPM) dan Vietnam Oil and Gas Group (Petrovietnam) memeterai perjanjian prinsip utama (KPA) untuk melanjutkan kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) dan perjanjian jual beli gas huluan (UGSA).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Eksport minyak sawit Malaysia meningkat 0.91 peratus pada Mac 2025 kepada 1.00 juta tan berbanding 996,460 tan pada Februari, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).