11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, terkesan daripada kelemahan minyak sayuran berkaitan dan kekurangan data asas yang baharu, kata seorang penganalisis.
11bulan ago
BANGI, 18 Feb (Bernama) -- Desatera Sdn Bhd, anak syarikat Dewina Holdings Sdn Bhd, optimis untuk mendapatkan lebih banyak projek dan mengembangkan jangkauannya pada 2025, selepas mencatatkan prestasi yang kukuh pada 2024 walaupun berdepan cabaran ekonomi, kata Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Feizal Nor Nurbi.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- JHT Semiconductor Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh JHT Design Co Ltd, secara rasmi telah membuka fasiliti pembuatannya di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 15 Feb lepas.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Forum Perniagaan dan Ekspo Mutiara Afrika 2025 meramalkan potensi perdagangan dan pelaburan sebanyak US$5 bilion (US$1=RM4.425) termasuk dalam penerokaan minyak dan gas.
11bulan ago
TELUK INTAN, 18 Feb (Bernama) -- Seramai 24,700 pembayar cukai telah menggunakan sistem e-invois yang melibatkan pengeluaran sekitar 173 juta e-invois bermula dari Fasa pertama pada 1 Ogos, 2024, sehingga 13 Februari 2025.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Petronas, melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), berjaya mengakhiri Pusingan Bidaan Malaysia (MBR) 2024 dengan pemeteraian dua kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) untuk Blok SB306A dan SB306B, yang terletak di luar pantai Sabah.
11bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR,17 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, dipacu oleh harga olein sawit yang lebih tinggi di Bursa Komoditi Dalian, kata peniaga minyak sawit David Ng.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Malaysia dijangka menyaksikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kekal kukuh pada 4.9 peratus bagi tahun ke tahun pada 2025.
11bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas Energy & Gas Trading (PEGT) sedang memantau pengeluaran minyak dan gas yang rendah di Semenanjung Malaysia serta secara proaktif berkolaborasi dengan pihak berkepentingan untuk memastikan bekalan gas yang berterusan dan stabil di negara ini.
11bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) – Malaysia perlu meneraju pembangunan ekosistem logistik halal yang komprehensif dengan menyegerakan penubuhan piawaian persendirian pertama global dalam logistik.
11bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka mengalami dagangan pada harga yang sedikit tinggi minggu depan berikutan cuaca tidak menentu susulan perubahan iklim yang menyebabkan daun pokok getah luruh, kata pakar industri, Denis Low.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) ditutup tinggi hari ini disokong oleh aliran meningkat pasaran niaga hadapan serantau apabila para peniaga memberikan reaksi positif terhadap penangguhan pelaksanaan tarif perdagangan Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.