4hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) telah mengurangkan kadar keuntungan pembiayaannya di bawah skim PROSPER GROW kepada 3.5 peratus setahun daripada 5.0 hingga 6.75 peratus sebelum ini untuk membantu usahawan Bumiputera menghadapi peningkatan kos operasi.
4hari ago
ISKANDAR PUTERI, 7 Mei (Bernama) -- Pendapatan isi rumah di Johor meningkat sejak 2022, sekali gus menjadikannya sebagai antara negeri yang mencatatkan pendapatan isi rumah tertinggi di negara ini.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Pengamal media perlu melengkapkan diri dengan kemahiran keusahawanan serta kefahaman mendalam terhadap dinamik pasaran seiring usaha Malaysia memperkukuh ekosistem keusahawanan negara, kata Ketua Pengarah Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Ashwad Ismail.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Penyedia sistem tenaga boleh baharu (TBB), Wasco Greenergy Bhd, berjaya melakukan pemasangan dan mentauliahkan sistem tenaga stim biojisim di sebuah fasiliti rintis pembuatan kertas di Kajang, Selangor.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Perlindungan insurans dan takaful kepada pekerja adalah antara langkah penting untuk membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mengekalkan tenaga kerja, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran peningkatannya pada dagangan tengah hari Khamis, dipacu oleh minat belian baharu terhadap saham perbankan dan kewangan.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) meraih prospek jualan dan peluang eksport berpotensi bernilai RM126.42 juta melalui Program Pencarian Sumber Antarabangsa (INSP) yang diadakan bersempena SEMICON Asia Tenggara 2026.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Saham Capital A Bhd meningkat pada awal dagangan hari ini berikutan tempahan sebanyak 150 pesawat Airbus A220 oleh AirAsia Bhd, iaitu tempahan terbesar bagi model berkenaan setakat ini.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini yang menjejaki kenaikan di pasaran tunai.
4hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, disokong oleh minat belian dalam saham perbankan dan kewangan menjelang pengumuman Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini, sejajar dengan peningkatan semalaman di Wall Street.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- VentureTECH Sdn Bhd melantik Azizan Jaafar sebagai ketua pegawai eksekutifnya (CEO) berkuat kuasa serta-merta.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum semalam apabila dibuka tinggi pada Khamis di tengah-tengah jangkaan bahawa mata wang tempatan berpotensi untuk terus meningkat hari ini.