Terdapat 210 berita berdasarkan kata kunci carian " automotif "

Malaysia Berada Di Landasan Teraju Sektor Pembuatan EV, Bateri Di ASEAN -- MARii

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Sektor elektrik dan elektronik (E&E) Malaysia yang kukuh meletakkan negara di landasan untuk meneraju industri pembuatan kenderaan elektrik (EV) dan komponen bateri bagi menyokong permintaan ekosistem mobiliti serantau yang semakin meningkat di ASEAN.

Malaysia Autoshow 2025 Jana Potensi Jualan Bernilai RM1.72 Bilion - MARii

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) yang melabuhkan tirainya baru-baru ini merupakan edisi paling berjaya apabila mencatat rekod kehadiran 294,062 pengunjung serta menjana potensi jualan sebanyak RM1.72 bilion, menurut Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).

Trensor Labur RM100 Juta Untuk Bina Kemudahan Pembuatan Pertamanya Di Pulau Pinang

KEPALA BATAS, 17 Mei (Bernama) -- Trensor Co Ltd, pengeluar sensor tekanan terkemuka China, melabur sebanyak RM100 juta untuk membina kemudahan pembuatan pertamanya di Taman Teknologi Pulau Pinang di Bertam, di sini.

MCE Meterai MoU Sokong Pengeluaran Tempatan Chery Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- MCE Holdings Bhd, melalui unit milik penuh, Multi-Code Electronics Industries Bhd memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan dua syarikat Wuhu yang berpangkalan di China bagi menyokong pengeluaran tempatan untuk Chery Malaysia.

Cambridge Tenang, Yakin Dengan Cara Tersendiri Hadapi Tarif AS Ke Atas Kereta, Keluli UK

CAMBRIDGE, 9 Mei (Bernama) -- Tindakan Amerika Syarikat (AS) mengurangkan tarif ke atas kereta dan keluli British sekali lagi menjadi topik utama di seluruh United Kingdom (UK) pada Khamis.

Malaysia Autoshow 2025 Bermula, Pamer Kenderaan Dan Teknologi Generasi Masa Depan

SERDANG, 8 Mei (Bernama) -- Malaysia Autoshow 2025 (MAS2025) yang bermula hari ini mempertontonkan model dan teknologi terkini daripada peneraju industri automotif global dan tempatan.

Sains & Teknologi, Inovasi Akan Pacu Wawasan Ekonomi Digital Dan Hijau ASEAN - Tengku Zafrul

SERDANG, 8 Mei (Bernama) --  ASEAN perlu menerima guna sains dan teknologi serta mencipta inovasi untuk memperkasa wawasan ekonomi digital dan hijau rantau ini secara mampan, bagi membantu mencapai cita-citanya menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030.

NIMP 2030, NAP 2020 Pacu Industri Auto Malaysia Muncul Kedua Terbesar Di Asia Tenggara

SERDANG, 8 Mei (Bernama) — Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Dasar Automotif Negara (NAP) 2020 telah membantu dalam membangunkan industri automotif Malaysia sebagai kedua terbesar di Asia Tenggara selain ke-23 terbesar di peringkat dunia.

Tan Chong Motor, SGM Wuling Bakal Lancar Jenama Kereta TQ WULING Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Tan Chong Motor Holdings Bhd memeterai perjanjian komitmen pelaburan dengan SAIC GM Wuling Automobile Co Ltd (SGM Wuling) untuk memperkenalkan jenama kereta TQ WULING ke pasaran Malaysia.

Proton Kembali Ke Singapura, Perkenal e.MAS 7 Di The Car Expo 2025

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Proton Holdings Bhd (Proton) kembali ke Singapura dengan kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Proton e.MAS 7, yang akan dipertontonkan secara eksklusif kepada orang ramai di The Car Expo 2025 pada hujung minggu ini.

Delegasi Jepun Kunjungi Malaysia Minggu Depan Perkukuh Kerjasama Tenaga Hijau

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Delegasi berprofil tinggi dari Jepun akan mengunjungi Malaysia minggu depan untuk membincangkan kerjasama lebih mendalam dalam Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC) bagi mencapai sasaran penyahkarbonan, pertumbuhan ekonomi dan keselamatan tenaga.

Industri Insurans Am Kekal Berada Pada Pertumbuhan Stabil - PIAM

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Industri Insurans Am di Malaysia kekal berada pada pertumbuhan yang stabil walaupun terdapat ketidaktentuan faktor luaran dan kos inflasi, kata Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).