Terdapat 254 berita berdasarkan kata kunci carian " bangunan"

Pembaharuan Tarif RP4 Boleh Dorong Perubahan Tingkah Laku, Percepat Peralihan Tenaga - Pakar

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Penstrukturan semula tarif elektrik bagi Tempoh Regulatori Keempat (RP4) Malaysia boleh menjadi mekanisme berpangaruh untuk mendorong perubahan tingkah laku dan mempercepat agenda rendah karbon negara, kata seorang pakar tenaga.

Rizab Antarabangsa BNM Meningkat Kepada US$119.9 Bilion

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$119.9 bilion (US$1=RM4.24) pada 13 Jun 2025 daripada US$119.60 bilion yang dicatatkan pada 30 Mei 2025.

JS-SEZ Tarik Minat Pelabur Global Ketika Johor Muncul Sebagai Pintu Masuk ASEAN

JOHOR BAHRU, 18 Jun (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) semakin menarik minat pelabur antarabangsa terutamanya dari Jepun, Korea Selatan, China, dan Eropah, apabila Johor meletakkan dirinya sebagai pintu masuk strategik ke pasaran ASEAN.

Prasarana Tumpu Pembangunan Berorientasi Transit Pacu Kehidupan Bandar Mampan

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Seiring mobiliti bandar yang semakin tidak mampan di tengah-tengah senario pertambahan penduduk dan pelepasan karbon, mendorong Prasarana Malaysia Bhd menanganinya dengan menumpukan pembangunan berorientasikan transit (TOD) merangkumi ruang kediaman, komersial dan kemudahan sivik yang berhampiran dengan hab pengangkutan awam.

Sektor Hartanah Malaysia Dijangka Terus Meningkat, Dipacu Permintaan Pembelian

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran positif terhadap sektor hartanah Malaysia tahun ini dengan minat pembelian dijangka terus kukuh.

The Lincoln Suites, London Milik Malaysia Tersenarai Dalam 10 Peratus Hotel Terbaik Dunia

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- The Lincoln Suites, sebuah hartanah hospitaliti di London dimiliki syarikat Malaysia Eastern & Oriental Bhd (E&O), sekali lagi mendapat pengiktirafan melalui Anugerah Pilihan Pengembara Tripadvisor, meletakkannya dalam kalangan 10 peratus hotel terbaik di seluruh dunia, buat tahun ketiga berturut-turut.

Indeks Harga Seunit Besi Catat Penurunan Pada Mei 2025 - DoSM

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Indeks harga seunit besi mencatat penurunan antara -0.1 peratus hingga -3.1 peratus di kebanyakan kawasan di Malaysia pada Mei 2025 berbanding bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

SCIB Lantik Pengamal Undang-undang Sebagai Pengerusi Eksekutif Dalam Rombakan Lembaga Pengarah

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) mengumumkan rombakan lembaga pengarah bagi meningkatkan tadbir urus korporat, mengukuhkan kepimpinan dan menyokong inisiatif pertumbuhan strategik.

Maybank IB: Cukai Jualan Barangan Keperluan Sifar Peratus Dijangka "Neutral" Kepada Sektor Pengguna

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Pelaksanaan semakan kadar cukai jualan ke atas barangan keperluan pada sifar peratus diunjurkan memberi impak "neutral" kepada pengguna, sektor pembinaan asas dan perladangan, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).

Insiden Putra Heights Tingkat Kesedaran, Pertumbuhan Insurans – Liberty CEO

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) – Industri insurans am Malaysia dijangka terus berkembang dalam beberapa tahun akan datang berikutan kesedaran yang lebih tinggi terhadap kepentingan perlindungan insurans selepas insiden letupan gas di Putra Heights. 

Rizab Antarabangsa BNM Naik Kepada US$119.60 Bilion Pada 30 Mei

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Malaysia meningkat sedikit kepada US$119.60 bilion pada 30 Mei, 2025 daripada US$119.10 bilion pada 15 Mei, 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

IOI Properties, RHB Bekerjasama Tawar Pinjaman Kediaman Hijau

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- IOI Properties Group Bhd menjalinkan perkongsian dengan RHB Banking Group (RHB) untuk melancarkan pinjaman/pembiayaan rumah dan renovasi kediaman serta hartanah kediaman hijau membabitkan portfolio hartanah IOI Properties.