Terdapat 5247 berita berdasarkan kata kunci carian " masa"

Usahawan Malaysia Jangka Produk Pandan Bakal Catat Kejayaan Di India

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Walaupun teh berperisa matcha, produk buatan China telah menjadi sangat popular di kafe dan kedai roti di seluruh India, usahawan Malaysia, Shivaani Suppiah menjangkakan bahan makanan hijau iaitu pandan akan menjadi terkenal di negara Asia Selatan itu.

Ringgit Ditutup Rendah Susulan Lonjakan Harga Minyak, Risiko Geopolitik

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Sentimen berhati-hati susulan ketidaktentuan geopolitik Asia Barat dan lonjakan harga minyak mendorong ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.

MyCEB Perkukuh Kehadiran Acara Perniagaan Malaysia Di Asia Tengah

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), dengan sokongan Tourism Malaysia Almaty dan Kedutaan Malaysia di Uzbekistan, berjaya menganjurkan Program Sales Call MyCEB pertamanya dan Seminar Acara Perniagaan Malaysia di Almaty, Kazakhstan pada 2 Jun serta di Tashkent, Uzbekistan pada 4 Jun.

ETCon26 Melabuhkan Tirai Dengan Sokongan Padu Industri, Perkukuh Kerjasama Memacu Peralihan Tenaga Inklusif - TNB

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Persidangan Peralihan Tenaga 2026 (ETCon26), konvensyen utama Tenaga Nasional Bhd (TNB), melabuhkan tirainya hari ini dengan sokongan padu industri yang berfokuskan untuk mengubah dialog dan perbincangan strategik kepada tindakan serta pelaksanaan yang konkrit.

FELDA Lantik Encorp Bangunkan 189 Unit Rumah Kakitangan

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Encorp Bhd yang dilantik sebagai kontraktor utama bagi mereka bentuk dan membina perumahan kakitangan agensi itu.

Mandat Biodiesel B15 Kurangkan Kebergantungan Pada Pasaran Eksport

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Langkah meningkatkan mandat biodiesel daripada 10 peratus kepada 15 peratus akan mengurangkan kebergantungan negara terhadap pasaran eksport, kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Pengeluaran Minyak Mentah, Kondensat Susut 5.5 Peratus Kepada 43 Juta Tong -- DOSM

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Pengeluaran minyak mentah dan kondensat mencatatkan penurunan tahun ke tahun sebanyak 5.5 peratus kepada 43 juta tong pada suku pertama 2026 (S1 2026) berbanding 45.5 juta tong bagi tempoh yang sama tahun lepas. 

Kerjasama Serantau Penting Dalam Optimumkan Sumber, Pacu Pelaburan Jangka Panjang Sektor Tenaga

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Kerjasama serantau akan menjadi faktor penting dalam mengoptimumkan sumber dan mewujudkan pasaran yang lebih kukuh bagi menyokong pelaburan jangka panjang dalam sektor tenaga, kata Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Memanfaatkan Peralihan Tenaga Sebagai Pemangkin Penstrukturan Semula Ekonomi - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Peralihan tenaga harus dimanfaatkan sebagai pemangkin untuk penstrukturan semula ekonomi yang lebih luas dengan bidang tumpuan strategik termasuk kecerdasan buatan (AI), semikonduktor dan pusat data untuk meningkatkan produktiviti dan memperkukuh prospek ekonomi negara.

Malaysia Perlukan Hala Tuju Dasar, Kawal Selia Jelas Untuk Kekalkan Keyakinan Pelabur - Fadillah

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Malaysia memerlukan hala tuju dasar dan kawal selia yang jelas untuk mengekalkan keyakinan pelabur dan menyokong agenda peralihan tenaga negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fasa Perkembangan AI Malaysia Seterusnya Bergantung Pada Perancangan Tenaga, Infrastruktur

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

TAIPEI, 4 Jun (Bernama) -- Fasa perkembangan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) Malaysia seterusnya akan bergantung kepada perancangan berdisiplin merentas tenaga, infrastruktur digital dan kemampanan, menurut Schneider Electric, sebuah syarikat teknologi tenaga global.

Malaysia Airports Peruntuk Capex RM11 Bilion Bagi Peluasan Infrastruktur Selama Lima Tahun

PUTRAJAYA, 4 Jun (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memperuntukkan kira-kira RM11 bilion dalam perbelanjaan modal (capex) selama lima tahun akan datang bagi menyokong pengembangan dan pemodenan infrastruktur lapangan terbang di setiap rangkaiannya seluruh negara.