Terdapat 436 berita berdasarkan kata kunci carian " runcit"

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan minggu lepas untuk dibuka tinggi hari ini, didorong oleh minat belian sederhana dalam saham wajaran tinggi terpilih, kata peniaga.

Ipoh Sentral Terajui Perubahan Ipoh Dengan Hab Pengangkutan Moden Dan Inisiatif Bandar Pintar

IPOH, 16 Ogos (Bernama) -- Projek Pembangunan Ipoh Sentral (Ipoh Sentral) yang berlandaskan Agenda Pengangkutan Hijau Bandar Pintar Perak 2030 dirancang untuk mengubah Ipoh menjadi hab pengangkutan yang moden, mampan dan keterhubungan baik.

RHB IB Kekalkan Unjuran KDNK Malaysia Pada 4.2 Peratus, Dengan Potensi Meningkat 4.4 Peratus

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk 2025 pada kadar 4.2 peratus dengan potensi peningkatan sehingga 4.4 peratus.

Keuntungan Bersih Suku Kedua 2025 MR DIY Meningkat Kepada RM158.58 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih MR DIY Group (M) Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2025 meningkat kepada RM158.58 juta daripada RM155.21 juta pada suku yang sama tahun lalu.

FBM KLCI Ditutup Pada Paras Tertinggi Dalam Tempoh Empat Bulan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan selama tujuh sesi berturut-turut dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh empat bulan.

MyCC Anjur Konsultasi Awam Kedua Bagi Kajian Ekonomi Digital Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan menjalankan konsultasi awam bagi draf laporan akhir Kajian Pasaran Ekosistem Ekonomi Digital pada Selasa depan di Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) Centre of Excellence di sini.

Sunway REIT Catat Keuntungan Bersih Lebih Rendah Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Sunway Real Estate Investment Trust (Sunway REIT) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM129.35 juta untuk suku kedua berakhir pada 30 Jun 2025, susut berbanding RM145.07 juta dari tahun ke tahun.

Pelanggan Public Gold Cecah 2.3 Juta Pada Akhir 2025, Mahu Tembusi Pasaran Indonesia, Thailand, UAE

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid and Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Permintaan ke atas emas yang kukuh dijangka meningkatkan asas pelanggan Public Gold Marketing Sdn Bhd (Public Gold) kepada 2.3 juta menjelang akhir tahun ini daripada 2.2 juta pada ketika ini.

Pelabur Asing Kembali Sebagai Pembeli Bersih US$996 Juta Ekuiti Asia, Taiwan Tertinggi - MBSB

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Pelabur asing muncul semula sebagai pembeli bersih di pasaran Asia pada minggu lepas dengan mencatat jumlah US$996 juta (US$1=RM4.23) berbanding aliran keluar pada minggu sebelumnya manakala Taiwan mencatat angka belian tertinggi di rantau ini.

Bursa Malaysia Dijangka Kekal Dalam Aliran Meningkat Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengekalkan aliran meningkatnya minggu depan dengan potensi melepasi paras 1,560, kata seorang penganalisis.

Kerajaan Sedang Pertimbang Naikkan Cukai Tembakau -- PM Anwar

PUTRAJAYA, 7 Ogos  (Bernama) -- Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan bagi menaikkan kadar cukai tembakau yang juga sejajar dengan komitmen kerajaan bagi pembaharuan kesihatan awam dan fiskal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bank Muamalat, Takaful Malaysia Perkenal Perlindungan Takaful Siber Pertama Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd menjalin kerjasama strategik dengan Syarikat Takaful Malaysia Am Bhd (Takaful Malaysia Am) memperkenalkan Perlindungan Takaful Siber pertama di Malaysia yang ditawarkan pada harga serendah RM14.80 setahun.