7bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Minggu depan dijangka menjadi tempoh menarik bagi ringgit yang diunjur meneruskan momentum pengukuhan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)m menjelang pengumuman minit mesyuarat bank pusat negara maju itu serta laporan inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi.
7bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif mungkin didagangkan dalam jajaran kecil tetapi cenderung untuk naik pada minggu depan, ini berpotensi mencecah paras US$3,350 setiap auns troy menjelang pelepasan minit mesyuarat bank pusat serta laporan inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi Amerika Syarikat (AS).
7bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah hari ini apabila ketegangan geopolitik mereda dan pasaran global kembali stabil.
7bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu apabila kebimbangan mengenai paras fiskal AS terus menjejaskan mata wangnya.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh permintaan terhadap aset selamat berikutan penurunan penarafan kredit Amerika Syarikat (AS), yang mencetuskan semula kebimbangan terhadap kredibiliti fiskal Washington.
8bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Ringgit diunjur kekal positif pada minggu hadapan, dengan mata wang itu dijangka berlegar dalam julat 4.26 hingga 4.29 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), menurut Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.
8bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan tinggi minggu depan, dalam julat US$3,200 hingga US$3,250, susulan kebimbangan terhadap situasi fiskal Amerika Syarikat (AS), kata Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes.
8bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini susulan sentimen berhati-hati terhadap mata wang tempatan itu meskipun dolar AS mencatatkan penurunan ekoran data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah.
8bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, dirangsang oleh permintaan sederhana, apabila pelabur kekal berhati-hati di samping memantau perkembangan ekonomi yang berterusan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini dengan lebih rendah, didorong oleh jualan yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam keadaan kekurangan pemangkin baharu.
8bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila pelabur mengurangkan jangkaan mereka terhadap langkah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) untuk menurunkan kadar faedah.
8bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan lebih rendah pada minggu depan, didorong oleh perkembangan rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China akhir minggu ini, sekali gus merangsang permintaan terhadap dolar AS namun memberi kesan ke atas harga emas.