Terdapat 242 berita berdasarkan kata kunci carian " stok"

Unjuran Produk Getah Kekal Suram Susulan Persekitaran Yang Tidak Menguntungkan - RHB IB

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menjangkakan sektor produk getah kekal suram susulan persekitaran operasi yang tidak menguntungkan, dipacu oleh tempoh penyatuan inventori yang lebih lama daripada jangkaan.

Unifi Business Perkenal "Ultra Plan" Perkukuh Perniagaan Tempatan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Unifi Business mengukuhkan sokongannya terhadap perniagaan tempatan dengan pelancaran pakej internet berkelajuan tinggi - Unifi Business Ultra Plan, bagi memenuhi permintaan penyelesaian jalur lebar generasi baharu yang lebih pantas dan dipercayai.

Sianlon Aquatic Sasar Kembang Perniagaan Ke Pasaran Jepun

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Sianlon Aquatic Sdn Bhd, salah satu penternak benih ikan hiasan terkemuka di Malaysia, sedang meneroka prospek eksport baharu di pasaran Jepun susulan penyertaannya dalam Expo 2025 Osaka.

Penganalisis Kekal Neutral Terhadap Sektor Sawit, Unjur Harga Purata MSM RM4,100-RM4,200 Satu Tan

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengekalkan saranan "Neutral" terhadap sektor minyak sawit dengan harga sasaran minyak sawit mentah (MSM) pada RM4,100 satu tan pada 2025.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat Jejaskan Pasaran

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini susulan kebimbangan mengenai peningkatan stok yang menjejaskan sentimen selepas data terkini oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dikeluarkan.

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus bulan ke bulan kepada 1.26 juta tan pada Jun daripada 1.41 juta tan pada Mei, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Naik 24.9 Peratus Pada Mei 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Pengeluaran getah asli meningkat 24.9 peratus kepada 22,494 tan pada Mei 2025 berbanding 18,008 tan pada April 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur Berikutan Kebimbangan Bekalan Kurang

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan bercampur-campur susulan kebimbangan mengenai kekurangan bekalan bahan mentah akibat faktor cuaca di negara-negara pengeluar utama, kata peniaga.

Ekonomi Global Dijangka Perlahan Pada Separuh Kedua Susulan Impak Tarif AS - CGS International

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Situasi ekonomi global dijangka perlahan pada separuh kedua 2025 berikutan pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap rakan dagang menjejaskan pelbagai pemain ekonomi, kata CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGS MY). 

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tidak berubah minggu depan berikutan peserta pasaran menunggu pengumuman data industri utama untuk mendapatkan hala tuju yang lebih jelas.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Harga Olein Sawit Di China Turun

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki harga minyak olein sawit yang menurun di Bursa Komoditi Dalian, China.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Ekoran Petunjuk Serantau Bercampur-campur, Ringgit Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Rabu, berikutan petunjuk bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.