8bulan ago
PUTRAJAYA, 25 Okt (Bernama) -- Pemilihan sebagai antara negara rakan dalam BRICS membuka peluang untuk Malaysia meningkatkan perdagangan dan hubungan dua hala dengan kalangan negara anggota blok itu, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Malaysia melihat sinergi yang besar antara ASEAN dan BRICS apabila negara mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan, menggalakkan keterangkuman dan kemampanan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
8bulan ago
BANGI, 24 Okt (Bernama) -- Pemilihan negara sebagai antara rakan dalam BRICS dapat membantu membuka lebih banyak ruang dari aspek perdagangan antara Malaysia dan negara-negara dalam blok itu, kata Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA- UKM) Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Malaysia kini diiktiraf sebagai satu daripada 13 negara rakan yang ditambah secara rasmi dalam BRICS, sebuah blok yang secara kolektif menyumbang satu per lima kepada perdagangan global.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan terus menumpukan usaha untuk meningkatkan penggunaan mata wang tempatan bagi penyelesaian antarabangsa dan menambah baik mekanisme sedia ada dengan negara strategi dari semasa ke semasa.
8bulan ago
PUTRAJAYA, 22 Okt (Bernama) -- Menteri Ekonomi Rafizi Ramli akan menekankan isu-isu kritikal bagi Selatan Global termasuk pembangunan mampan, reformasi sistem tadbir urus global serta situasi geopolitik yang semakin berkembang di Timur Tengah pada 24 Oktober ini di Sidang Kemuncak BRICS Outreach/BRICS Plus di Kazan, Rusia.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Malaysia sedang giat meraih sokong daripada kalangan negara anggota BRICS berhubung hasrat negara menyertai blok ekonomi itu, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Beberapa negara ASEAN turut menunjukkan minat menyertai BRICS selepas Malaysia menyatakan hasrat untuk menjadi sebahagian daripada blok ekonomi itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan terus menilai perkembangan BRICS dari semasa ke semasa bagi memastikan penglibatan Malaysia memberi faedah yang signifikan kepada negara, sejajar dengan matlamat dasar ekonomi termasuk Aspirasi Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Selain mahu menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Kesatuan Eropah (EU), Malaysia juga telah mengemukakan permohonan menyertai BRICS dan sedang berbincang dengan kalangan negara ASEAN untuk memperkukuh perdagangan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Melaksanakan inisiatif di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan permohonan menyertai BRICS, antara strategi kerajaan untuk mengatasi kesan konflik geopolitik yang berpanjangan.
9bulan ago
VIENTIANE, 8 Okt (Bernama) -- ASEAN perlu kekal sebagai sebuah blok berkecuali bagi menghadapi impak ketegangan geopolitik global dalam usaha merangsang pelaburan asing di rantau ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.