Terdapat 3128 berita berdasarkan kata kunci carian "seri"

Sabah Alu-alukan Lebih Banyak Kerjasama Dengan Petronas – Hajiji

KOTA KINABALU, 3 Mac (Bernama) -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan komitmen Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk meneroka kerjasama yang selanjutnya bagi meningkatkan penyertaan negeri itu dalam industri minyak dan gas.

Eksport Malaysia Ke Negara Anggota CPTPP Berjumlah RM486.80 Bilion Pada 2025

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Jumlah eksport Malaysia ke negara-negara anggota Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) meningkat sebanyak 4.7 peratus kepada RM486.80 billion pada 2025 berbanding RM464.8 billion pada 2024.

Kerajaan Kekalkan Harga Subsidi RON95 Pada RM1.99 Seliter - Menteri Ekonomi

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan terus kekalkan harga subsidi RON95 pada paras RM1.99 seliter dan tidak bercadang untuk melakukan sebarang perubahan drastik dari segi harga serta dasar ketika ini, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Harga Minyak Dijangka Meningkat Ke Paras US$90-US$100 Susulan Loji Ras Tanura Tutup Sementara - Penganalisis

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Harga minyak mentah dijangka meningkat sehingga paras US$90-US$100 setong berikutan gangguan yang berlaku di loji Ras Tanura milik syarikat minyak kerajaan Arab Saudi, Saudi Aramco, menurut penganalisis.

Pemanfaatan Data Transaksi Pacu Pertumbuhan Seterusnya PMKS – Paydibs

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Fasa pertumbuhan seterusnya bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bergantung kepada sejauh mana data transaksi dimanfaatkan secara strategik, menurut syarikat pembayaran digital Paydibs.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS, Sentimen Elak Risiko Beri Tekanan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin memandangkan sentimen elak risiko semasa memberi tekanan kepada mata wang tempatan susulan ketidaktentuan yang memuncak berkaitan konflik di Timur Tengah.

Pemberi Kredit Dan Penyedia Perkhidmatan Kredit Wajib Lesen Dan Daftar SKP - MOF

PUTRAJAYA, 2 Mac (Bernama) -- Pemberi kredit dan penyedia perkhidmatan kredit perlu memperoleh lesen serta berdaftar dengan Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP), berkuat kuasa mulai 1 Jun ini, selaras dengan penguatkuasaan Akta Kredit Pengguna 2025 (Akta 873/AKP).

Hampir 14.8 Juta Nikmati BUDI95, Nilai Jualan RM12.8 Bilion Setakat 28 Feb - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Hampir 14.8 juta daripada 16.5 juta individu yang layak atau lebih 88 peratus telah menikmati harga RON95 pada kadar RM1.99 seliter melibatkan nilai jualan RM12.8 bilion atau penggunaan 6.46 bilion liter setakat 28 Feb 2026.

Ringgit Meningkat 4.31 Peratus Kepada RM3.89 Setakat 1 Mac 2026 -- Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Nilai ringgit terus meningkat sebanyak 4.31 peratus kepada RM3.89 berbanding dolar AS setakat 1 Mac 2026, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Malaysia Perlu Bersedia Hadapi Import Lebih Mahal Susulan Konflik Timur Tengah - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Malaysia perlu bersedia menghadapi impak seperti import yang lebih mahal susulan konflik di Timur Tengah, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS Susulan Konflik Di Timur Tengah

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit rendah berbanding dolar AS pada hari pertama dagangan Mac berikutan sentimen penghindaran risiko yang semakin ketara susulan serangan bersama Amerika Syarikat (AS)- Israel ke atas Iran pada hujung minggu.

Strategi Pasaran Dijangka Hadkan Kesan Konflik Timur Tengah Terhadap Malaysia - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Kesan ekonomi terhadap Malaysia susulan konflik di Timur Tengah dijangka kekal terkawal sekiranya ketegangan itu tidak berlarutan namun ketidaktentuan pasaran dalam jangka masa terdekat tidak boleh diketepikan, kata beberapa ahli ekonomi.