1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Pasaran hartanah tempatan dijangka mencatatkan pertumbuhan yang kukuh pada 2025, didorong oleh momentum yang mampan dalam pembangunan kediaman penghuni pemilik dan wujudnya industri baharu seperti pusat data dan tenaga boleh baharu.
1tahun ago
Daripada D.Arul Rajoo
LONDON, 15 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertemu rakan sejawatannya dari United Kingdom (UK), Sir Keir Starmer, dan membincangkan tentang usaha untuk meningkatkan hubungan kedua-dua negara kepada perkongsian strategik meliputi semua bidang.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Program pembangunan vendor tempatan yang diuruskan bersama oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Infineon Technologies (Kulim) Sdn Bhd akan memberi manfaat kepada 139 syarikat tempatan.
1tahun ago
KUCHING, 15 Jan (Bernama) -- Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghargai pengiktirafan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Petroleum Sarawak Bhd (Petros) sebagai agregator gas tunggal di Sarawak.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 15 Jan (Bernama) -- Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Kenaikan gaji penjawat awam dan pelaksanaan gaji minimum lebih tinggi kekal sebagai faktor utama dalam memacu permintaan dan meningkatkan kemampuan untuk pembelian hartanah di seluruh negara tahun ini, kata Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland menjangka memberi tumpuan untuk memupuk semangat kerjasama dan keyakinan yang membina dengan matlamat membentuk Era Kecerdasan yang lebih mampan dan inklusif.
1tahun ago
ABU DHABI, 15 Jan (Bernama) -- Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), lawatan pertama ke luar negara untuk 2025, telah memberikan hasil yang memberangsangkan dengan kejayaan Perdana Menteri dan Malaysia mendapat kepercayaan kerajaan UAE dan syarikat besar dari negara teluk itu untuk menjalin kerjasama ekonomi.
1tahun ago
ABU DHABI, 15 Jan (Bernama) -- Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia-Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA) yang dimeterai antara Malaysia dan UAE pada Selasa turut memberi tumpuan kepada usaha membangunkan ekonomi Islam.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menjalin kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI) sebagai sebahagian daripada Inisiatif Kecerdasan Buatan Malaysia MADANI (MMAI).
1tahun ago
Oleh Kamarul Ariffin Md Yassin
ABU DHABI, 14 Jan (Bernama) -- Malaysia mengalu-alukan kalangan syarikat Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk melabur di Malaysia dalam projek melibatkan tenaga boleh baharu (TBB) serta pusat data.