11bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi beralih kepada rendah kemudiannya, didorong oleh sentimen berhati-hati berikutan prestasi Wall Street yang bercampur-campur pada Jumaat lepas.
11bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas Energy & Gas Trading (PEGT) sedang memantau pengeluaran minyak dan gas yang rendah di Semenanjung Malaysia serta secara proaktif berkolaborasi dengan pihak berkepentingan untuk memastikan bekalan gas yang berterusan dan stabil di negara ini.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka kekal dalam fasa penstabilan minggu depan berikutan ketidakpastian berhubung dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka bergerak dalam jajaran kecil minggu depan di tengah-tengah ketidaktentuan berhubung dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS).
11bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan secara berhati-hati minggu depan di tengah-tengah ketidaktentuan global.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia ditengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.
11bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku keempat 2024 pada 5.0 peratus yang menyumbang pengembangan setahun penuh 5.1 peratus, mencerminkan ekonomi berdaya tahan yang memanfaatkan kekuatan domestik dalam keadaan ketidaktentuan global.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Kalangan perniagaan Malaysia digalakkan untuk meneroka potensi kerjasama dengan rakan perniagaan di Turkiye bagi meningkatkan sinergi antara kedua-dua negara, kata Duta Besar Malaysia ke Turkiye Sazali Mustafa Kamal.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian (MITI) sedang menyemak semula lima akta untuk mengukuhkan pembangunan perindustrian yang dicadang dibentangkan kepada Parlimen tahun ini.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- DeepSeek menawarkan peluang baharu kepada pelabur kewangan yang berhasrat menyokong perkembangan selanjutnya perniagaan dipacu kecerdasan buatan (AI) di Malaysia yang tidak terbatas hanya kepada teknologi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
11bulan ago
BANGKOK, 13 Feb (Bernama) -- Mazda Motor Corporation akan melabur sebanyak 5.0 bilion baht (100 baht = RM13.18) untuk mewujudkan hab pembuatan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak elektrik di Thailand.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Kurangnya pelaburan serta berlaku peningkatan kos modal untuk pembangunan gas akan membahayakan keterjaminan tenaga selain melemahkan keupayaan industri untuk menyediakan tenaga mampu milik, boleh dipercayai dan lestari kepada orang ramai, kata Presiden Kesatuan Gas Antarabangsa (IGU) Li Yalan.