1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari dagangan pertama tahun ini susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS susulan kebimbangan mengenai kemungkinan keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk menurunkan kadar faedah pada 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Pelabuhan Tajung Pelepas (PTP) yang juga unit dengan pegangan 70 peratus MMC Corporation Bhd, menjadi terminal kontena pertama di Malaysia mengendalikan lebih 12.25 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU) dalam tempoh satu tahun pada 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan sederhana sekitar 4.9 peratus pada 2025, dengan mengambil kira kesan dasar domestik dan cabaran luar, kata Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik (KSI).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Korea Selatan yang akan menjadi tuan rumah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun ini untuk kali pertama dalam tempoh 20 tahun, akan memfokuskan kepada inovasi, pendigitalan dan kemampanan.
1tahun ago
SINGAPURA, 2 Jan (Bernama) -- Ekonomi Singapura berkembang sebanyak 4.3 peratus tahun ke tahun pada suku keempat 2024, lebih perlahan daripada pengembangan 5.4 peratus pada suku sebelumnya, menurut anggaran awal daripada Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US pada Khamis disebabkan kebimbangan pasaran terhadap kemungkinan keputusan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) untuk menurunkan kadar faedah pada 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Jan (Bernama) -- Piawaian Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) MS2530:2022 (MSPO 2.0) berkuat kuasa secara rasmi hari ini, memperkenalkan garis panduan yang lebih tegas mengenai kemampanan, kebolehkesanan dan amalan etika dalam pengeluaran minyak sawit.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Pemproses sarang burung MYMBN Bhd masih belum menilai sepenuhnya impak kewangan susulan daripada penggantungan sementara eksport produk sarang burung ke China.
1tahun ago
Oleh Norsyafawati Ab Wahab
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.
1tahun ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed dan Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Pasaran ekuiti Malaysia mencatatkan prestasi memberangsangkan pada 2024, mencapai beberapa kejayaan penting yang menyediakan asas kukuh bagi indeks utama untuk melepasi paras 1,800 tahun depan selain jangkaan 50 penyenaraian baharu.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dipengaruhi oleh ketidaktentuan dasar menjelang pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) di bawah Presiden Donald Trump.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Ringgit kekal stabil untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin walaupun dolar AS mengukuh, dipacu oleh hasil bon Amerika Syarikat (AS) yang meningkat.