11bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Maybank Investment Bank (Maybank IB) menaikkan unjuran jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk tahun ini sebanyak lima peratus kepada 790,000 unit, meningkat daripada unjuran sebelumnya iaitu 750,000 unit.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) mengekalkan andaian harga minyak sawit mentah (MSM) pada RM4,000 satu tan pada 2025 dan RM3,800 satu tan pada 2026.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Selasa susulan aktiviti belian saham berharga rendah dalam kebanyakan kaunter berkaitan indeks, diterajui oleh perkhidmatan kewangan, kata penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Kerajaan, menerusi Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), komited memastikan setiap ladang sawit mempunyai tenaga kerja yang mencukupi supaya pengeluaran konsisten dan tidak terjejas.
11bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, meneruskan peningkatan selama lima hari berturut-turut berikutan harga minyak kacang soya dan minyak mentah yang lebih kukuh.
11bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri hari dagangan pertama Februari pada Isnin dengan lebih rendah, diasak sentimen mengelak risiko yang ketara di pasaran susulan tindakan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan tarif baharu.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Pembuat sarung tangan dan penggiat semikonduktor Malaysia dijangka menerima manfaat daripada pengenaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS), kata Kenanga Investment Bank Bhd.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal pada hari dagangan pertama Februari berikutan pelabur memberi tumpuan kepada ketegangan perdagangan global yang meningkat dan tindakan balas susulan tarif Amerika Syarikat (AS).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka menyaksikan peningkatan aktiviti perdagangan, didorong oleh sentimen lebih baik di pasaran serantau dan global berikutan pelabur bersiap sedia untuk membeli saham berharga rendah selepas musim perayaan, kata penganalisis.
11bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka bergerak dalam julat terhad pada minggu depan, menjejaki prestasi pasaran tunai pendasar yang lebih baik dengan sentimen meningkat.
11bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan lantunan semula daripada penurunan pada sesi pagi untuk ditutup tinggi dalam minggu dagangan singkat ini meskipun dagangan yang kecil, disokong oleh minat belian baharu, kata seorang penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Kalangan penganalisis berbeza pandangan mengenai unjuran sektor minyak dan gas (O&G) Malaysia selepas Prospek Aktiviti Petronas (PAO) 2025-2027 diumumkan, yang mengunjurkan pengurangan aktiviti huluan dan penekanan terhadap perkhidmatan penyelenggaraan.