Terdapat 1847 berita berdasarkan kata kunci carian " penyelidikan"

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Sentimen Pasaran Meningkat

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives pulih daripada penurunan untuk ditutup lebih tinggi pada Khamis berikutan sentimen pasaran yang meningkat.

Perbelanjaan Kesihatan Malaysia 4.0 Peratus Daripada KDNK, Kekurangan Dana Satu Cabaran

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Kekurangan dana dalam sektor kesihatan awam Malaysia kekal sebagai cabaran utama, dengan perbelanjaan penjagaan kesihatan kira-kira empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menurut Malaysian Reinsurance Bhd (Malaysian Re).

Solarvest Penerima Manfaat Utama Kontrak Projek Solar Skala Besar - HLIB

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Solarvest dilihat sebagai penerima manfaat utama daripada dua program solar skala besar (LSS), iaitu  LSS5 di Seberang Perai, Pulau Pinang yang bernilai RM103.1 juta dan LSS6 dalam tempoh 24 bulan akan datang, kata Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

Pendapatan AmBank Dijangka Kekal Kukuh, Bayaran Dividen Diunjur Lebih 40 Peratus - PIVB

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) dijangka mengekalkan pertumbuhan pendapatan kukuh suku ke suku, didorong oleh pengembangan pinjaman berdaya tahan dan perbelanjaan operasi lebih rendah berikutan ketiadaan peruntukan bonus, kata Public Investment Bank Bhd (PIVB).

Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal hari ini, mengambil petunjuk daripada penurunan semalaman Wall Street, kata penganalisis.

EPIC Berhasrat Kembangkan Perniagaan Tenaga Boleh Baharu

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC), anak syarikat kerajaan negeri Terengganu berhasrat mengembangkan perniagaan berkaitan tenaga boleh baharu termasuk pemasangan dan penyelenggaraan projek ladang solar dan solar atas bumbung.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Belian Harga Rendah, Minyak Kacang Soya Meningkat

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Berikutan Belian Saham Telekomunikasi, Pengguna

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan trend meningkat untuk hari kedua berturut-turut hari ini berikutan pembelian saham telekomunikasi dan pengguna.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Didorong Oleh Sentimen Positif

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, menjejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.

Cape EMS Bekerjasama Dengan Aerospace Industrial Development Corporation Taiwan

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Cape EMS Bhd memeterai perkongsian dengan syarikat gergasi aeroangkasa Aerospace Industrial Development Corp (AIDC) Taiwan untuk bekerjasama dalam bidang tenaga boleh baharu (TBB), pembuatan komponen aeroangkasa dan teknologi sains hayat.

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Dijangka Berdaya Tahan Pada 2025 -- RHB IB

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan tahun ini disokong oleh kemajuan berterusan dalam projek jangka panjang, peningkatan pendapatan isi rumah dan keadaan monetari global yang mereda, kata RHB Investment Bank (RHB IB).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah selepas mencatatkan penurunan semalam dan disokong oleh petunjuk positif daripada Wall Street semalaman.