11bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Harga pasaran getah dijangka diniagakan stabil pada minggu depan, dengan dinamik bekalan dan permintaan saling mengimbangi disebabkan hujan berterusan di negara pengeluar getah dan cuti panjang sempena Tahun Baru Cina, kata pakar industri Denis Low.
11bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka bergerak dalam julat terhad pada minggu depan, menjejaki prestasi pasaran tunai pendasar yang lebih baik dengan sentimen meningkat.
11bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan lantunan semula daripada penurunan pada sesi pagi untuk ditutup tinggi dalam minggu dagangan singkat ini meskipun dagangan yang kecil, disokong oleh minat belian baharu, kata seorang penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Sistem perbankan Malaysia terus mencatatkan penampan mudah tunai yang kukuh dengan agregat Nisbah Perlindungan Mudah Tunai (LCR) sebanyak 160.7 peratus, naik daripada 147.9 peratus pada November, menyokong pengantaraan kewangan yang berterusan, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
11bulan ago
IPOH, 31 Jan (Bernama) -- Nilai transaksi hartanah bagi tahun 2024 mencecah RM217.46 bilion jauh mengatasi sasaran RM100 bilion yang ditetapkan pada awal tahun, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat sedikit pada sesi awal dagangan Jumaat sebelum susut kemudiannya, diasak sentimen berhati-hati walaupun Wall Street mencatat prestasi semalaman yang positif, kata penganalisis.
11bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, ditekan oleh sentimen risiko global yang lemah dan perkembangan berterusan dalam tarif Amerika Syarikat, kata rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Kalangan penganalisis mengekalkan prospek positif terhadap Bursa Malaysia Bhd susulan pengumuman prestasi pendapatannya yang kekal kukuh dalam tahun kewangan 2024.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Pasaran ruang pejabat Malaysia menunjukkan trajektori yang memberangsangkan, dengan penyewa global dan tempatan terus mencari ruang premium yang memenuhi piawaian tempat kerja dan kemampanan yang berkembang, menurut firma perunding hartanah Knight Frank Malaysia.
11bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini, didorong oleh kekurangan pemangkin baharu dan sentimen berhati-hati menjelang minggu dagangan yang singkat berikutan cuti sempena perayaan.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, didorong oleh penarafan positif terkini oleh Moody’s terhadap penarafan kredit berdaulat Malaysia, kata penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengalami dagangan secara berhati-hati minggu hadapan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina dan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat yang pertama bagi 2025 pada 28 dan 29 Januari.