BERITA TERKINI   Liga Super: Kelantan TRW FC 0-1 Kuching City FC | 

Terdapat 94 berita berdasarkan kata kunci carian " airasia"

Capital A Mohon Kelulusan Bursa Lanjutan Masa Muktamadkan Pengagihan Saham

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Capital A Bhd memohon kelulusan Bursa Malaysia Securities untuk melanjutkan tempoh sehingga 19 Jan, 2026 bagi melengkapkan pengagihan saham yang dicadangkan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Hambar Pasaran Serantau

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah ketika dibuka pada Rabu berikutan pengambilan untung awal yang sederhana, menjejaki pasaran serantau yang hambar dan petunjuk bercampur-campur dari Wall Street.

Sektor Penerbangan Malaysia Melonjak Ke Kemuncak Baharu Pada 2025, Pencarian MH370 Disambung 30 Dis

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Ketika 2025 hampir melabuhkan tirai yang sarat membawa pelbagai peristiwa penting dalam sektor penerbangan, berita mengenai usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang akan disambung semula pada 30 Disember ini dijangka mencuri tumpuan pada 2026.

Batik Air Perkenal Laluan Ipoh-Singapura Mulai Hari Ini

IPOH, 8 Dis (Bernama) -- Syarikat penerbangan Batik Air memperluas laluan domestik apabila melancarkan perkhidmatan bagi laluan Ipoh-Singapura mulai hari ini.

AirAsia Lengkapkan Keperluan Diwajibkan EASA, Kembali Beroperasi Seperti Biasa

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- AirAsia Aviation Group telah melengkapkan proses penggunaan semula perisian versi terdahulu yang diperlukan ke atas rangkaian pesawat A320 yang sedang beroperasi.

Penerbangan Pertama AirAsia X Ke Istanbul Catat Permintaan Tinggi Dua Hala

Daripada Fatin Umairah Abdul Hamid

ISTANBUL (TURKIYE), 17 Nov  (Bernama) -- Penerbangan pertama AirAsia X (AAX) ke Istanbul, Turkiye, mencatat permintaan kukuh bagi kedua-dua hala, dengan penerbangan dari Kuala Lumpur beroperasi pada 81 peratus kapasiti dan penerbangan balik hampir 89 peratus penuh.

AirAsia Derma 15 Peso Bagi Setiap Tempat Duduk Terjual Untuk 'To The Philippines With Love'

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- AirAsia akan mendermakan 15 peso (100 peso = M6.98) bagi setiap tempat duduk yang terjual dari 15 Nov, 2025 hingga 14 Jan, 2026 untuk menyokong program bantuan dan pemulihan taufan di Filipina.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat berikutan prestasi Wall Street semalaman yang kurang menggalakkan.

Pengembara Ke Dan Dari KLIA T2 Dinasihat Rancang Perjalanan Menjelang Sidang Kemuncak ASEAN

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) - AirAsia menasihatkan semua pengembara yang melakukan perjalanan ke dan dari Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA T2) antara tempoh  26 dan 28 Oktober untuk merancang perjalanan mereka lebih awal.

AirAsia Terima Pesawat A321neo, A321LR Pada Separuh Kedua 2026 Untuk Perluas Penerbangan Jarak Sederhana

Daripada Nur Athirah Mohd Shaharuddin

TASHKENT, 20 Okt (Bernama) -- AirAsia X Bhd merancang untuk mengembangkan armada dengan membeli pesawat yang lebih kecil termasuk pilihan enjin baharu (NEO) dan model jarak jauh (LR) sebagai sebahagian daripada strateginya untuk mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran penerbangan jarak sederhana.

Malaysia Dipilih Semula Anggota Majlis ICAO, Kukuh Kepimpinan Negara Dalam Penerbangan Global

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Malaysia dipilih semula dalam Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) sebagai anggota Bahagian III bagi penggal 2025-2028, pencapaian yang mengesahkan lagi kepimpinan negara dalam penerbangan global.

Sichuan Airlines Tambah Kekerapan Penerbangan Chengdu-Pulau Pinang Mulai Akhir Bulan Ini

GEORGE TOWN, 1 Okt (Bernama) -- Sichuan Airlines akan menambah kekerapan penerbangan terusnya antara Chengdu dan Pulau Pinang secara harian mulai akhir bulan ini (Oktober) dengan pelaksanaan jadual penerbangan musim sejuknya.