Terdapat 32 berita berdasarkan kata kunci carian " damansara"

Paramount Beli Tanah Untuk Projek Perumahan Pada Harga RM579 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Paramount Corporation Bhd, Prima Kuasa Sdn Bhd telah memeterai perjanjian jual beli dengan SJ Properties Sdn Bhd untuk memperoleh 19.62 hektar (48.49 ekar) bagi projek perumahan pada harga RM579 juta.

Sunway Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM338.14 juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Sunway Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah kepada RM338.14 juta pada suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2025 daripada RM376.08 juta pada tahun sebelumnya disebabkan oleh kerugian operasi mula niaga hospital baharunya di Damansara dan Ipoh.

Kerajaan Kumpul Sumber RM470 Bilion Bagi Belanjawan 2026 Perkukuh Ekonomi - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan belanjawan yang mengumpulkan sumber berjumlah RM470 bilion bagi 2026 dengan mengutamakan daya tahan ekonomi dan sokongan kepada perniagaan kecil di tengah-tengah ketidaktentuan global yang berterusan.

IOI Properties Umum Menara B COVO Di 16 Sierra Habis Terjual, Menara A Jualan Pantas

PUTRAJAYA, 23 Sept (Bernama) -- Pembangunan pangsapuri perkhidmatan COVO di 16 Sierra oleh IOI Properties Group Bhd (IOIPG) mencapai satu kejayaan besar dengan Menara B habis terjual manakala Menara A pula menyaksikan jualan pantas.

PNB Sahkan Berlaku Rundingan Berkaitan Aset Lebuh Raya , Proses Masih Di Peringkat Awal

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengesahkan rundingan sedang berlangsung dengan beberapa pihak berkaitan aset lebuh rayanya di bawah Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas).

HSBC Malaysia Perkenal Perkhidmatan Premier Dipertingkat Untuk Segmen Mewah

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- HSBC Malaysia melancarkan perkhidmatan HSBC Premier serba baharu yang dikhaskan kepada pelanggan mewah dan bernilai bersih tinggi dengan rangkaian penyelesaian kekayaan, kesihatan, perjalanan dan perbankan antarabangsa yang diperluas.

Xiaomi Buka Cawangan Utama Asia Tenggara Terbesar Di TRX Exchange

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Xiaomi secara rasmi telah membuka cawangan terbesarnya di Asia Tenggara di The Exchange TRX di sini, mengukuhkan kehadiran model perniagaan runcit baharunya di Malaysia.

Capitaland Catat Untung Bersih Lebih Tinggi Pada Suku Kedua Sebanyak RM35.07 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Untung bersih CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) naik kepada RM35.07 juta bagi suku kedua yang berakhir 30 Jun 2025 daripada RM33.47 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Unit Econpile Holding Raih Kontrak RM57.95 Juta Untuk Projek Ara Damansara

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Subsidiari milik penuh Econpile Holdings Bhd, Econpile (M) Sdn Bhd berjaya meraih dua kontrak dengan nilai gabungan sebanyak RM57.95 juta membabtkan cadangan pembangunan di Ara Damansara, Selangor.

emart24 Sasar Buka 115 Cawangan Di Seluruh Negara Menjelang Akhir Tahun

PETALING JAYA, 25 Jun (Bernama) -- Rangkaian kedai serbaneka Korea Selatan, emart24 menyasar untuk mengendalikan 115 cawangan di seluruh negara menjelang akhir 2025 dan merancang mengembangkannya ke wilayah selatan khususnya Johor.

Prasarana Tumpu Pembangunan Berorientasi Transit Pacu Kehidupan Bandar Mampan

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Seiring mobiliti bandar yang semakin tidak mampan di tengah-tengah senario pertambahan penduduk dan pelepasan karbon, mendorong Prasarana Malaysia Bhd menanganinya dengan menumpukan pembangunan berorientasikan transit (TOD) merangkumi ruang kediaman, komersial dan kemudahan sivik yang berhampiran dengan hab pengangkutan awam.

Taghill Peroleh Kontrak Bernilai RM494.65 Juta Daripada Indo Aman Bina

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Taghill Holdings Bhd telah mendapat kontrak pembangunan hartanah bernilai RM494.65 juta oleh syarikat hartanah Indo Aman Bina Sdn Bhd (IAB).